Langit Biru

Semua orang sudah tahu

21.04.09 Faizal Tahir di Minggu Setiausaha

leave a comment »

Wah, nampak gaya Faizal Tahir ni sibuk minggu ni. Dua sumber berita saya gabungkan sekali. Dia ada 2 acara pada hari yang sama. Semoga berjaya. Nak kena cari gambar dan juga klip video. Siapa nak kongsi dengan saya emellah kepada saya.

Acara 1:

Faizal Tahir akan berada di Hotel Istana sebagai penyanyi undangan untuk majlis di sana. Selain itu Imran Ajmain juga ada. Menarik ni. Saya suka lagu Imran juga. Paling bagus sekali ialah persembahan itu akan disiarkan secara langsung dalam program Wanita Hari Ini di TV3. Harap-harap persembahan Faizal adalah sekali. Lepas tu dia kena pergi Dewan Perdana Felda pula.

Acara 2:

KISAH buka baju dua tahun lalu ketika ulang tahun keempat stesen televisyen 8TV, mengundang musibah kepada penyanyi bernama Faizal Tahir. Akibat tindakan luar sedar itu, Faizal digantung tiga bulan daripada sebarang aktiviti seni mahupun muncul di media massa.

Seakan ada hikmah di sebalik setiap kejadian, kontroversi yang ditimbulkan sendiri itu ternyata tidak menjejaskan kerjaya Faizal Tahir. Penyanyi yang dicemuh satu ketika dulu ini kini bangkit dan sedang asyik melakar kejayaan demi kejayaan. Karyanya diminati dan suaranya dikagumi.

Malah, kejayaan demi kejayaan ditempa penyanyi berusia 31 tahun ini. Tahun 2009 pula, membuka satu lagi lembaran baru buat kerjaya bapa kepada tiga cahaya mata ini apabila namanya menjadi pilihan penganjur Minggu Setiausaha. Tidak semua artis berpeluang menjayakan minggu setiausaha dan ternyata Faizal Tahir bertuah apabila menjadi salah seorang daripada ratusan artis yang menjadi pilihan.

Penyanyi yang baru saja muncul dengan single terbaru berjudul Bencinta bakal menjayakan minggu setiausaha anjuran Me & U Creative di Dewan Perdana Felda esok. Bakal mendendangkan sebanyak lapan buah lagu, majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran seorang lagi bekas peserta program realiti Malaysia Idol musim kedua, Nita.

Kedua-duanya pertama kali menjayakan Minggu Setiausaha selepas beberapa tahun bergelar penyanyi. Undangan menjayakan minggu setiausaha cukup dihargai dua penyanyi ini kerana menganggap ia satu cabang baru buat mereka.

Walau berpengalaman membuat persembahan di pelbagai majlis, Faizal memberitahu hatinya berdebar menantikan tarikh itu. Apatah lagi ini kali pertama dia menjayakan Minggu Setiausaha yang menampilkan namanya sebagai penyanyi utama.

“Selain di Dewan Perdana Felda, saya turut diundang di sebuah majlis lain tetapi kehadiran saya hanyalah sebagai penyanyi undangan. Berbeza sekali dengan kemunculan saya pada 22 April kerana saya menjadi tumpuan utama yang mana memerlukan saya menyanyi sehingga lapan buah lagu.

“Bukan saja kali pertama menjayakan minggu setiausaha, ini juga kali pertama vokal saya benar-benar diuji kerana saya perlu menyanyi sebanyak lapan buah lagu. Perkara itu yang membuatkan saya berdebar, tapi satu saja harapan saya semoga kesihatan tidak terjejas pada hari berkenaan,” katanya yang mahu penonton berpuas hati supaya mereka merasa berbaloi dengan wang ringgit yang dikeluarkan untuk menonton persembahannya.

Penyanyi itu juga berkata, dia akan bekerja lebih rapat dengan penganjur supaya dapat mempersembahkan sebuah persembahan yang mantap pada hari berkenaan. Faizal bakal memilih lagu daripada album pertamanya Aku.Muzik.Kamu dan berkemungkinan mendendangkan cover version lagu popular.

Bagaimanapun jelas penyanyi itu, jika namanya masih lagi menjadi pilihan penganjur tahun depan, dia mahu menjadikan prinsip dipegang penyanyi Anita Sarawak yang hanya memilih untuk menjayakan satu majlis.

“Saya menghormati pendirian Kak Nita yang hanya memfokuskan kepada satu persembahan saja. Berkemungkinan besar saya akan menggunakan pendirian yang sama supaya dapat memberi sepenuh tumpuan kepada sebuah majlis saja,” katanya yang kini sedang sibuk menyiapkan album keduanya yang dijangka menemui peminat pertengahan tahun ini.

Menjalinkan kerjasama dengan Audi Mok, Faizal akui selesa bekerjasama dengan komposer itu kerana keserasian yang wujud antara mereka. Dia juga tidak mahu terburu-buru menyiapkan album keduanya kerana mahu menghasilkan album yang benar-benar berkualiti.

“Saya tidak kisah terpaksa menunggu hingga dua tahun untuk kehadiran album kedua ini. Kami menyiapkan album ini dalam suasana yang relaks dan sememangnya kami tidak mahu terburu-buru untuk memastikan kualiti album ini terjamin,” katanya.

Sumber: myMetro, Berita Harian Online

Written by Langit Biru

April 21, 2009 pada 5:05 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: