Langit Biru

Semua orang sudah tahu

21.04.09 Lima banduan cuba bolos

with 2 comments

Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com

B-Boy, yang dibawa khas oleh Korea Tourism Organisation (KTO) dan LG Electronics (M) Sdn Bhd, diyakini mampu menggamatkan suasana dengan gelak tawa penonton apabila mempersembahkan Break Out secara komedi dalam pelbagai bentuk tarian.

Break Out, mengisahkan lima banduan yang sentiasa kelam-kabut sudah lama menginginkan kebebasan hidup di luar penjara seperti manusia lain.

JIKA anda peminat cerita Korea, inilah masanya untuk mendengar khabar gembira. Buat julung kalinya, kumpulan B-Boy, yang terkenal di Korea Selatan akan membuat persembahan tarian muzikal ekstrem berkonsepkan komedi, 'Break Out'selama enam hari di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Bagi merencanakan impian mereka menjadi kenyataan, mereka merancang melarikan diri.


Nasib menyebelahi mereka, apabila menerima satu teks misteri yang mampu membantu mereka untuk melarikan diri.

Break Out, diadaptasikan oleh B-Boy dalam bentuk tarian dengan menggabungkan unsur gimnastik, break dance, yoga dan seni mempertahankan diri.

Di samping itu, budaya hip hop turut diselitkan dalam Break Out melalui tarian, muzik serta fesyen baju yang digayakan.

Sebelum ini, B-Boy sudah menempa nama di peringkat antarabangsa dengan membuat persembahan langsung di London, New York, Mumbai, Shanghai, Bangkok dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Bagi Pengarah Urusan KTO, Kim Kee Hun, populariti budaya Korea dilihat semakin menular dalam kalangan rakyat negara ini melalui pengaruh filem, drama dan muzik.

“Dengan membawa B-Boy membuat persembahan, ia bukan saja sebagai hadiah kepada masyarakat di sini yang kelihatan semakin meminati budaya Korea malah sempena menyambut ulang tahun pertama jenama pelancongan Korea ‘Korea Sparkling,” katanya.

Mengulas objektif utama B-Boy dibawa ke sini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif LG, Ko Tae Yeon, berkata ia antara tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan LG selaku penaja utama, kerana semua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada dua organisasi kebajikan.

“Hasil jualan tiket persembahan di Kuala Lumpur akan diserahkan ke ‘LG Cleft Lip Project’, satu projek yang dijalankan LG untuk mengumpul dana bagi menyediakan rawatan kepada pesakit yang mengalami bibir sumbing.

“Manakala, hasil jualan tiket persembahan di Pulau Pinang akan disalurkan ke D’Home Mental Health Association,” katanya.

Break Out, akan dipersembahkan pada 23 hingga 24 Mei ini di Wisma MCA, Kuala Lumpur manakala Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang pada 27 hingga 28 Mei.

Harga tiket bagi persembahan ini adalah RM63 dan RM93 dan boleh dibeli secara online melalui laman web http://www.axcess.com.my atau hubungi talian hotline Axcess 03-77115000. Bagi enam pembeli tiket bertuah, berpeluang memenangi LG televisyen paparan kristal cecair (LCD) bersaiz 42 inci.

Persembahan amal ini mendapat sokongan daripada kerajaan Pulau Pinang, Persatuan Hotel-hotel Malaysia dan kedutaan Korea. Antara rakan media yang menjayakan persembahan amal ini seperti Star Publication (M) Bhd, 8TV dan ONE FM.

Sementara itu, Ko yakin LG Electronics (M) Sdn Bhd tidak terjejas oleh iklim ekonomi semasa yang agak kurang memberangsangkan.

“Walaupun keadaan ekonomi sekarang kurang baik dan kebanyakannya mengamalkan sikap berjimat cermat, permintaan terhadap produk kami masih meningkat. Syarikat akan memperkenalkan beberapa produk baru seperti peti sejuk, penyaman udara dan televisyen paparan kristal cecair (LCD) akhir bulan ini,” katanya.

Nak tengok juga. Ada sesiapa nak bagi tiket percuma. :)

Written by Langit Biru

April 21, 2009 pada 7:04 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

2 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] membuatkan saya tertanya kumpulan apakah yang membuat persembahan di SINI. Tak lama lagi ada juga kumpulan b-boys yang akan membuat persembahan di […]

  2. […] lebih lanjut seperti di bawah. Kalau tak mampu nak beli tiket tengok Break Out tu. Boleh lah sertai majlis […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: