Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kejutan di AIM 16

leave a comment »

Image Hosted by ImageShack.us

Ini ialah pendapat saya tidak dibenarkan dibawa keluar melainkan berkongsi ‘link’ ke blog ini.

Baru-baru sidang akhbar mengenai AIM 16 telah diadakan. Ini bertujuan untuk memberitahu mengenai pengacara dan artis yang akan membuat persembahan pada malam itu. Pengacara ialah Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta Bob Lokman. Saya dah dapat bayangkan betapa meriahnya acara itu nanti.

Lepas tu barisan artis yang akan membuat persembahan ialah mestilah Faizal Tahir. Tiada maknanya saya buat entri ni kalau tidak berkaitan dengan Faizal Tahir. Artis yang lain pula ialah M. Nasir, Misha Omar, Datuk Sheila Majid, Meet Uncle Hussain, Joe Flizzow, Hujan, Chakrasonic, Man Jiang Hong dan Goldkartz akan membuat persembahan. Artis luar negara pula ialah sehingga artikel ini ditulis ialah Rossa dari Indonesia.

Terdapat juga kejutan untuk segmen dan kolaborasi dan masih ada lagi nama penyanyi lain yang akan diberitahu untuk persembahan. Kira ini bukan senarai akhir lah. Majlis berprestij mestilah ramai artis yang hendak membuat persembahan mereka.

Image Hosted by ImageShack.us
Saya tak kisah Rossa atau artis Indonesia yang lain datang untuk membuat persembahan. Tapi artis Indonesia ni dah selalu sangat. Jemu pula rasanya dan lebih untuk memuaskan hati  pihak tertentu sahaja. Mungkin sebab kekangan ekonomi untuk mempelawa artis luar negara untuk membuat persembahan di sini. Maksud saya, tak perlulah untuk artis Barat tapi jemputlah artis dari negara Asia yang mempunyai peminat yang ramai di negara ini. Thailand, Taiwan takpun dari Korea Selatan ataupun Jepun. Apa salahnya buat transformasi.

Bila baca artis yang membuat persembahan pada malam AIM ialah mereka yang memeriahkan industri muzik pada tahun berkenaan seperti Faizal Tahir. Saya rasa ramai penyanyi luar negara yang memeriahkan industri muzik kita. Bayangkan kalau Farenheit atau Wang Lee Hom dari Taiwan datang membuat persembahan. Tapi kalau ada Rain dari Korea Selatan pun bagus juga.

Sedangkan ada penyanyi kita yang pernah dijemput untuk membuat persembahan di anugerah muzik negara lain. Takkanlah kita tak boleh pula kan.

Sumber: Kosmo Online!, gua.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: