Langit Biru

Semua orang sudah tahu

22.04.09 12 Selebriti Ubah Stigma Aids/HIV

leave a comment »

Faizal Tahir pandang apa tu. Wah, ada Fahrin dan Owen juga. Lama tak dengar Owen.

22.04.09
Oleh Li Ee Kee

Tengah hari semalam, bertempat di hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, telah dilancarkan ‘Red Ribbon Celebrity Support Programme 2009/2010’. Dua belas selebriti telah menawarkan diri secara sukarela bagi membantu Malaysian Aids Council (MAC) dan Malaysian Aids Foundation (MAF) untuk memberi pendidikan tentang HIV/Aids serta kesedaran mengenai stigma dan diskriminasi yang dihadapi penghidap Aids dan HIV.

Mereka adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Umie Aida, Fahrin Ahmad, Ayu (OIAM), Zainal Alam Kadir (personaliti Astro), Shah Shamshiri (online & interactive media, Media Prima), Fish Leong (penyanyi), Owen Yap (personaliti 8TV), Aanantha (DJ THR Ragaa), Uthayaa (DJ THR Ragaa & hos Astro). Ini adalah kali pertama satu usaha sebegini telah dianjurkan MAC dan MAF. Antara tanggungjawab para selebriti ini adalah membuat penampilan khas di acara-acara anjuran MAF/MAC, kunjungan ke rumah-rumah perlindungan dan menjadi jurucakap media untuk MAC dan MAF.

‘Red Ribbon Celebrity Support Programme 2009/2010’ adalah satu usahama dengan YTL Group of Hotels, Media Prima Berhad, Astro dan Mami’s Tart.


Faizal Tahir
Kempen ini lain dari yang lain. Biasanya kita mendengar tentang kempen membasmi itu dan ini. Bagi saya, kempen membasmi Aids sudah tidak relevan memandangkan penyakit ini sudah lama wujud. Malah budak-budak sudah diajar mengenainya di sekolah. Yang penting sekarang ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa layanan yang sama perlu diberikan kepada penghidap Aids dan HIV, sama seperti orang biasa. Ramai yang mungkin tidak tahu Aids dan HIV tidak boleh dijangkiti dengan duduk sebelah, peluk atau makan makanan yang sama.

Saya tidak tahu sesiapa yang menghidapi Aids atau HIV tapi ia tidak menghairankan kerana orang malu untuk mengaku. Pada pandangan masyarakat, mereka yang menghidapi Aids/HIV ini yang cari pasal dengan mengambil dadah, melakukan seks … tapi ada sebahagiannya yang dijangkiti penyakit ini dengan tidak sengaja.

Kerja ini kami (artis) lakukan secara sukarela. Tidak ada pulangan dan saya tidak setuju jika ada kerana kami semua ada kerja, jadi tak perlu lah. Kalau ada pulangan, ia dari segi kerohanian, diantara kita dengan Tuhan, jadi kami perlu lakukannya secara ikhlas.

Fahrin Ahmad
Sebagai artis, kita semua menunggu peluang sebegini dan kami bangga dapat menggunakan pengaruh kami untuk membantu. Tugas kami adalah untuk menambah cilik mata rakyat dan mengubah stigma dan diskriminasi terhadap penghidap Aids dan HIV. Mereka disisih sehingga ada yang bunuh diri. Jangan dijangka cara hidup kita sihat kita tidak terdedah kerana kebanyakkannya (penghidap Aids dan HIV) tidak datang dari kesalahan mereka sendiri.

Setahu saya, saya tidak ada kenalan yang menghidapi penyakit ini Tetapi penghidap HIV dari luarannya nampak sihat dan saya mempunyai ramai kenalan yang pelbagai gaya hidup mereka. Disebabkan stigma masyarakat, penghidap terpaksa hidup dalam rahsia. Selepas menghadiri seminar yang dianjurkan MAC/MAF, saya rasa tidak wajar untuk mereka hidup dalam keadaan sebegitu.

Dayang Nurfaizah
Dayang sebenarnya masih cetek lagi pengetahuan (tentang Aids dan HIV), tapi insyaAllah, dengan seminar dan bahan-bahan bacaan yang diberi, Dayang akan belajar sebab ia tanggungjawab Dayang untuk memberi informasi yang tepat pada masyarakat kerana ‘with knowledge you survive, without knowledge you die’. Sebelum menghadiri seminar yang disediakan MAC/MAF, Dayang tidak tahu yang penyakit Aids dan HIV tidak boleh merebak dengan berpeluk atau duduk sebelah pesakit.

Selepas seminar itu, Dayang juga tahu serba sedikit masalah dan stigma yang dihadapi penghidap Aids dan HIV. Memang sukar untuk menukar persepsi orang tapi ia perlu dilakukan walaupun perlahan-lahan. Dayang juga diberi satu buku, kompilasi surat-surat dan temuramah dengan penghidap Aids dan HIV. Selepas membacanya Dayang sedih kerana tidak tahu hidup yang mereka lalui sebegitu rupa. Jadi, Dayang kuatkan semangat untuk cuba membantu mereka.

Umie Aida
Sudah lama saya melibatkan diri di dalam kerja-kerja amal, adakalanya secara solo, dengan Erma (Fatima, kakaknya) atau bersama persatuan. Dan saya juga pernah menolong mengumpul dana untuk sebuah rumah perlindungan pesakit Aids.

Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan setelah bertaubat pasti ada jalan sinar Tuhan kerana Tuhan Maha Pengampun dan Pengasih. Siapalah kita untuk menghukum. Untuk menukar persepsi masyarakat akan mengambil masa yang lama tapi kita perlu ambil langkah pertama dengan menunjukkan kasih sayang kita, menukar persepsi kita sebelum mengharapkan orang lain untuk ikut sama. Ini tanggungjawab kita sebagai manusia.

Pandangan umum, golongan mak nyah, penagih dadah yang kebiasaannya menghidapi Aids/HIV. Tapi golongan ibu tunggal dan anak-anak kecil yang tidak bersalah juga menghidapinya. Saya melihat apa kekurangan MAC/MAF dan saya cuba salurkan.

Sumber: gua.com.my

Written by Langit Biru

April 22, 2009 pada 7:17 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: