Langit Biru

Semua orang sudah tahu

23.04.09 Faizal hampa ‘show’ Minggu Setiausaha ditunda

leave a comment »

Khamis April 23, 2009
Oleh WAHIDA ASRANI

PERASAAN terkejut dan hampa saling bercampur di dalam diri Faizal Tahir tatkala diberitahu pihak penganjur Isnin lalu tentang penangguhan acara Minggu Setiausaha yang menampilkannya sebagai artis utama yang sepatutnya berlangsung malam tadi di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak.

Image Hosted by ImageShack.us

Faizal terkejut persembahan Minggu Setiausaha yang menampilkannya sebagai artis utama telah ditunda oleh pihak penganjur

Segala persiapan menjelang acara tersebut telah pun dibuat oleh Faizal termasuklah konsep persembahan dan susunan lagu bersama barisan pemuzik yang dibawanya sendiri.

Malah, pada sidang media sewaktu pengumuman acara tersebut di Bora Ombak, Ampang tidak lama dulu, Faizal akui dia amat teruja kerana pertama kali berpeluang menjadi artis utama pada persembahan Minggu Setiausaha yang turut menampilkan Nita Malaysian Idol sebagai penyanyi jemputan.

Namun, berita yang disampaikan oleh penganjur, Me & U Creative, di saat-saat akhir itu ternyata membuatkan Faizal cukup tergamam apatah lagi bila mengetahui ramai peminatnya tidak sabar untuk menyaksikan persembahannya itu.

“Apa yang pihak penganjur beritahu, mereka terpaksa tunda acara ini kerana di saat-saat akhir penaja utama acara ini menarik diri. Memang ketika itu saya amat terkejut dan sudah tentu perasaan kecewa memang ada.

“Saya dah berlatih bersama pemuzik dan hanya tinggal untuk buat persembahan saja. Tetapi, nampaknya ditunda pula. Saya sendiri pun tak pasti akan ditunda sehingga bila kerana saya sebenarnya masih ‘blur’ dengan hal ini.

“Dan mustahil juga kalau mereka nak tunda ke tarikh tertentu kerana jika tidak silap saya, Minggu Setiausaha ini diraikan sehingga akhir bulan ini saja. Saya juga mempunyai komitmen lain dan belum pasti lagi masa saya ‘free’ untuk tarikh baru itu nanti,” kata Faizal.

Menurut penyanyi yang tampil dengan single terbaru, Bencinta, ini, dia turut gusar perkara ini sedikit-sebanyak akan turut menjejaskan reputasinya juga.

“Dari respon yang saya dapat, ramai juga yang telah beli ‘table’ sempena acara tersebut. Harga meja tersebut juga bukannya murah.

“Bila jadinya perkara seperti ini, sedikit-sebanyak memang akan mencalarkan imej dan reputasi saya apatah lagi sejak kebelakangan ini macam-macam cerita orang dengar tentang Faizal Tahir,” kata bapa kepada tiga orang cahaya mata ini.

Tahun ini, Faizal merupakan artis yang paling laku dengan menerima tiga tawaran mengadakan persembahan Minggu Setiausaha yang mana selain acara yang ditunda itu, Faizal turut menjayaka Minggu Setiausaha bersama Anita Sarawak dan Minggu Setiausaha Hotel Istana.

Namun, hanya Minggu Setiausaha anjuran Me & U Creative ini yang menampilkan Faizal sebagai artis utama.

Penganjur: Persembahan ditunda bukan kerana tidak laku

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai penundaan acara tersebut, kata Pengarah Projek Me & U Creative, Karyah Ezanafitri Karim, pihaknya terpaksa membuat keputusan sedemikian kerana tidak mempunyai alternatif lain untuk meneruskan acara tersebut.

“Penaja utama acara ini menarik diri hari Jumaat yang lalu. Alasannya kerana faktor kegawatan ekonomi ketika ini. Tetapi ia bukannya kerana tidak laku. Jadi, kami memang tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menunda persembahan tersebut.

“Tetapi kami bukannya membatalkan terus acara ini. Kami telah pun berbincang dengan pihak pengurusan Faizal untuk menggantikan Minggu Setiausaha ini dengan sebuah majlis berkonsepkan ‘dinner show’ bersama Faizal yang mungkin akan dibuat pada akhir Jun atau awal Julai.

“Kita juga akan tetap menjemput Nita sebagai artis undangan. Tapi buat masa ini, kami masih dalam perbincangan lanjut tentang hal ini,” kata Karyah.

Menurutnya, semua pembeli tiket dan meja untuk acara tersebut telah dihubungi oleh pihak penganjur sejak Jumaat lalu yang mana separuh daripada 100 meja yang diperuntukkan sebenarnya telah pun berjaya di jual.

“Mereka mempunyai pilihan sama ada untuk ‘refund’ atau simpan dulu tiket tersebut yang boleh digunakan untuk ‘show’ baru Faizal nanti. Tetapi kita masih belum menetapkan harganya kerana perbincangan masih dibuat.

“Tetapi jika ‘show’ itu nanti diteruskan, mereka yang sudah mempunyai tiket mungkin akan terus dapat gunakan tiket itu tanpa penambahan harga atau juga boleh menikmati diskaun. Itu semua kita belum dapat pastikan,” kata Karyah.

Ujarnya, memang ada peminat-peminat Faizal yang tidak berpuas hati apabila mendapat tahu tentang acara tersebut ditunda. Namun, pihaknya telah membuat penjelasan sebaik mungkin untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan.

Malah, kata Karyah, dia tidak merasakan hal ini akan menjejaskan reputasi Faizal kerana apa yang berlaku bukan berpunca daripada penyanyi itu.

“Bagi saya, ini bukan soal reputasi. Kami sendiri sudah menerima reputasi yang tidak baik kerana penundaan Minggu Setiausaha ini. Semua pihak kenalah memahami masalah yang kadang-kadang timbul pada masa yang kita tidak jangkakan,” kata Karyah.

Sumber: mStar Online

Written by Langit Biru

April 23, 2009 pada 9:02 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: