26.04.09 Faizal, Nita tak laku
DIVA INTERAKTIF
DIVA tumpang kasihan dengan penyanyi Faizal Tahir dan Nita . Dua penyanyi ini kurang bernasib baik kerana Minggu Setiausaha yang sepatutnya mereka jayakan pada 22 April lalu dibatalkan gara-gara pihak penaja menarik diri.
Alasan pihak penaja ialah jualan meja majlis Faizal dan Nita tidak menggalakkan.
Dan nak dijadikan cerita, pada tarikh yang sama, majlis penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dan satu lagi majlis lain yang menghimpunkan 20 lelaki seksi tanah air turut berlangsung.
Jadi penaja berasa tergugat kerana banyak penaja lain telah lari menaja dua majlis besar Minggu Setiausaha itu.
Maka Faizal dan Nita menjadi mangsa sehingga persembahan mereka di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan.
Diva tak tahu pula berapa jualan meja yang sudah terjual, tetapi memang sehari sebelum persembahan berlangsung, Diva dimaklumkan ia dibatalkan kerana penaja menarik diri. Kasihan Nita dan Faizal. Mungkin bukan rezeki mereka.
Diva: Mungkin Minggu Setiausaha sudah semakin kurang relevan kerana telah banyak konsert percuma di negara ini.
Sumber: Kosmo! Online
Tinggalkan Jawapan