Langit Biru

Semua orang sudah tahu

27.04.09 Minggu Setiausaha kurang sambutan: Gawat atau artis kurang berpengaruh?

leave a comment »

April 27, 2009
Oleh WAHIDA ASRANI

SETIAP tahun menjelangnya bulan April, pihak-pihak tertentu mula sibuk menyusun agenda untuk mengadakan sambutan majlis Minggu Setiausaha.

Image Hosted by ImageShack.usDan cukup bertuahlah artis-artis yang menjadi ‘intaian’ pihak-pihak penganjur ini untuk mengadakan persembahan sempena acara tersebut kerana jika dilihat, pada kebiasaannya selebriti yang mempunyai ‘pengaruh’ mahupun peminat-peminat yang ‘kuat’ akan disambar untuk menjadi artis utama pada show tersebut.

Anita Sarawak membuka tirai Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 7 April lalu yang turut menyaksikan Faizal Tahir sebagai artis jemputannya, manakala Anuar Zain pula turut menjayakan sambutan tersebut pada 9 April.

Hotel Istana membuat kelainan sempena sambutan ini dengan menampilkan 20 selebriti lelaki tempatan dan Indonesia pada majlis Minggu Setiausaha yang dianjurkan mereka.

Cukup meriah juga acara-acara itu berlangsung. Malah, jualan meja untuk persembahan-persembahan tersebut dilihat cukup positif!

Namun, tatkala satu demi satu majlis menyusul, dua persembahan Minggu Setiausaha nampaknya terpaksa dibatalkan. Salah satunya adalah persembahan Faizal Tahir yang sepatutnya berlangsung pada 22 April lalu di Dewan Perdana Felda.

Namun menurut penganjur, Me & U Creative, persembahan Faizal bukan dibatalkan, sebaliknya ia ditunda ke tarikh baru dan akan diadakan di dalam bentuk ‘dinner show’ pula. Apa yang berlaku, kononnya disebabkan penaja utama majlis itu menarik diri di saat-saat akhir.

Tidak pastilah pula jika benar itu adalah faktor utama majlis itu ditunda. Alasan kegawatan ekonomi yang diberikan oleh penaja sehingga membuatkan mereka terpaksa menarik diri itu kedengaran agak kukuh.

Tetapi jika dilihat kepada populariti Faizal, terdetik juga persoalan adakah nama Faizal tidak cukup ‘kuat’ untuk meyakinkan penaja? Malah, sejak awal lagi acara Minggu Setiausaha penyanyi ini dikatakan antara tumpuan ramai kerana setiap persembahan yang dilakukan oleh Faizal di mana-mana program sebelum ini memang cukup bertenaga.

Malah, ketika menjayakan Minggu Setiausaha bersama Anita Sarawak sebelum ini, persembahan Faizal memang tidak menghampakan walaupun hanya menyampaikan beberapa buah lagu.

Di kalangan pihak media sendiri, Minggu Setiausaha bersama Faizal ini memang dinanti-nantikan oleh rata-rata wartawan. Bila dirisik pada salah satu sumber, jualan meja majlis itu juga tidak menghampakan.

Cuma mungkin, ia tidak sampai ke tahap yang diinginkan oleh pihak penganjur kerana hanya separuh daripada 100 meja yang diperuntukkan itu berjaya dijual.

Atau kegawatan ekonomi yang melanda ketika ini membuatkan peminat juga perlu berfikir dua kali sama ada sanggup melaburkan wang mereka untuk melihat artis kesayangan atau pun tidak.

Tetapi, jika faktor ekonomi yang menjadi punca, nampaknya memang benar nama Faizal tidak sekuat artis-artis seperti Anuar Zain dan Datuk Siti Nurhaliza kerana meskipun ekonomi tidak begitu memberangsangkan, peminat masih lagi sanggup membeli tiket dengan harga yang sebenarnya ‘boleh tahan’ mahalnya.

Sumber:  mStar Online

Written by Langit Biru

April 27, 2009 pada 7:58 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: