Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Archive for Mei 2009

28.05.09 Matahari

leave a comment »

Telah lama saya tidak membuat ulasan untuk drama ini. Saya memang mengikuti drama ini walaupun terlepas beberapa episod. Tak larat lah pula kalau nak buat ulasan setiap hari. Lagi pun drama ini boleh ditonton di laman web TV3.

Macam-macam telah berlaku kepada Arianna. Sudah banyak kejayaan dan musibah yan menimpa dirinya tetapi dia tetap tabah mengharungi hidup. Kasihan juga pada dia sebabnya dia ni bukan lah jahat pun cuma berada di waktu, tempat dan keadaan yang salah.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Konsert ‘The Man’ oleh Wheesung

leave a comment »

Musim panas telah tiba di Korea! Ini yang membuatkan saya ingin terbang ke Korea pada waktu begini kerana para penyanyi akan mengadakan konsert. Tidak kiralah konsert secara solo, beramai-ramai, jelajah atau percuma.

Ramai pelancong serta peminat akan datang dari pelbagai negara pada musim panas ini. Kebanyakan konsert memang akan dapat menarik perhatian pengunjung. Inilah poster ‘teaser’ penyanyi Wheesung yang akan mengadakan konsert pada bulan Jun depan. Konsert itu bertajuk ‘The Man’ yang akan diadakan pada 4 Jun sehingga 7 Jun 2009. Ini merupakan konsert pertama atau kedua dia untuk tahun ini dan akan di LG Art Center, Seoul.

Wheesung ialah penyanyi, penulis lirik, komposer serta produser muda yang berbakat. Dia telah banyak membuat lagu dan lirik untuk penyanyi di Korea. Dia lebih cenderung ke arah R&B dan hip hop.
Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mei 30, 2009 at 11:25 am

Iklan TM Norman Abdul Halim

leave a comment »

Ini iklan terbaru TM yang menampilkan Ketua Kumpulan KRU Studios Studios Norman Abdul Halim. Ini untuk mempromosikan pakej Internet perniagaan TM. Ada beberapa lagi usahawan tempatan yang terlibat dengan iklan sebegini.

Norman bercerita mengenai penggunaan Internet yang dapat menjimatkan masa dan kos kerana KRU sekarang menuju era globalalisasi. Urusan perniagaan mudah dilakukan di mana-mana sekali pun.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mei 29, 2009 at 5:21 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

Son Ho Young yang mesra alam

leave a comment »

Bukanlah mesra alam yang ada maksud tersirat. Walaupun dia memang baik, penyayang dan yang sewaktu dengannya. Pada bulan Mac yang lepas dia telah menghadiri dua majlis yang berkaitan dengan alam sekitar. Tapi saya tidak pasti sebenarnya. Cuma apabila melihat gambar dan senyumannya boleh membuatkan saya rasa senang hati.

Segak dan bergaya. Ini tak cukup ni. Nak lagi ke…

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mei 29, 2009 at 9:04 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Kedudukan Faizal Tahir di carta Minggu ke-4 Mei

with one comment

Saya tak sempat nak dengar radio pada hujung minggu yang lalu. Ada hal, tapi ingatkan sempat lah juga nak dengar siaran ulangan. Tapi saya terlepas dengar untuk lagu Faizal. Rasa macam dah lama tak dengar lagu Bencinta di radio. Ye lah, 2,3 hari memang tak sempat nak dengar radio. Nasib baik ada Youtube.

Kedudukan carta di laman web telah dikemaskini. Bagus lah tu, sekurang-kurangnya kalau saya terlepas untuk mendengar di radio saya boleh melayari laman web. Cuma B*Pop iaitu sisipan Berita Mingguan setiap Ahad yang lewat seminggu ataupun memang macam itu.    

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mei 28, 2009 at 5:03 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , , ,

Bio-Nik Epi. 2

with one comment

Drama ini memang menarik. Minggu ini saya dapat menonton dari mula. Minggu lepas saya terlupa dan hanya sempat tengok 10 minit terakhir. Minggu ni saya dah tempah awal TV. Nasib baik satu rancangan realiti TV sudah berakhir.

Apa yang buat saya teruja ialah drama ini menggunakan sains dan teknologi sebagai latar belakang. Mungkin tak setanding dengan drama lain tapi ini baru permulaan.


Baca baki entri ini »

24.05.09 Berhibur biar ada batasannya

leave a comment »

Wah, Faizal Tahir memang mengikuti perkembangan semasa industri. Saya baca artikel ni pun macam teruja betul. Ni memang penuh satu muka surat di surat khabar.

Oleh Faizal Tahir
faizaltahir@bharian.com.my

Image Hosted by ImageShack.us

Nabil dan Stacy antara pemenang di ABPBH2008, satu anugerah yang patut dihargai oleh semua artis dan personaliti dalam dunia hiburan

Matlamat penganjuran pertandingan nyanyian mestilah lebih jelas

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca setia B*Pop

Diharapkan pembaca semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Sudah beberapa minggu kita disajikan dengan pelbagai program hiburan yang mendapat perhatian meluas dari segenap lapisan masyarakat.

Memang benar, berhibur itu tidak salah. Tapi jangan sampai kita lupa dengan keutamaan dan tanggungjawab kita yang lain. Biar ada batasan. Siapa yang tidak suka dengan hiburan, betul tak?

Image Hosted by ImageShack.us

M Nasir, Salamiah Hassan dan Misha Omar (tengah) di AIM16, anugerah yang memberi pengiktirafan kepada karyawan muzik tanah air.

Baca baki entri ini »