Langit Biru

Semua orang sudah tahu

01.05.2009 KRU bukan mat jenin

leave a comment »

Lagi berita di sini.

Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my

VISI KRU Studios Sdn. Bhd. untuk menyediakan satu studio perfileman bertaraf antarabangsa telah diumumkan pada 12 Disember lalu. Mungkin ketika itu ramai yang berpendapat ‘angan-angan’ Norman, Edry dan Yusry Abdul Halim agak sukar untuk dicapai.

Image Hosted by ImageShack.us

NORMAN, Edry dan Yusry kini boleh tersenyum dengan segala usaha keras yang mereka kerjakan selama ini.

Barangkali juga sewaktu membuka mulut untuk bercerita tentang mimpi besar mereka, tidak kurang yang mengaitkan tiga beradik ini sebagai ‘mat jenin’ yang hanya tahu membina impian, tetapi gagal bekerja untuk melaksana.

“Kami mahu mencipta studio yang menggunakan format High Defination (HD) sepenuhnya dan menghapuskan penggunaan pita. Dengan ini, kami dapat menghasilkan persekitaran kerja yang lebih efektif di samping memenuhi permintaan pasaran antarabangsa,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Operasi KRU, Norman.

PERKEMBANGAN KRU Studio akan sentiasa dikhabarkan kepada pihak media dari semasa ke semasa.

Mendahulukan pasaran tempatan, KRU Studio ingin berkongsi kemudahan studio mereka dengan penerbit tempatan dalam usaha membangkitkan industri perfileman tempatan.

Sudah mendapat persetujuan kerjasama daripada tujuh syarikat produksi tempatan, KRU Studio berharap untuk mendapatkan lebih banyak syarikat untuk berganding bersama.

“Kami membuka peluang untuk bekerja dengan mana-mana syarikat produksi atau pengiklanan. Kami juga akan menyewakan kemudahan dan peralatan kami kepada pihak ketiga kerana mahu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada.

“Malah kami juga akan memberikan diskaun sebanyak 25 peratus kepada pembikin filem tempatan berbanding dengan penerbit dari luar negara. Namun, ini bukan bermaksud kami memberikan subsidi tetapi menjadi penerbit bersama.

“Ini kerana kami faham dan pernah melalui tanggungan kos studio yang tinggi terutama semasa menerbitkan filem. Kami mahu membantu dari segi kewangan dan masa,” jelas Norman yang yakin dengan sektor perfileman tempatan.

MASIH berselerak di sana sini, studio ini dijangka siap untuk diduduki menjelang awal tahun 2010.

Lokasi studio KRU di Cyberjaya itu juga amat strategik dari segi logistik. Berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ibu negara, pembikin filem luar terutama akan tertarik dengan faktor ini.

Selain daripada itu, khidmat bakat tempatan yang boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa juga menjadi salah satu sebab memudahkan kemasukan pembikin filem luar.

“Disebabkan masyarakat kita yang boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, ini akan membantu menarik lebih ramai pembikin filem luar terutama dari Singapura, Indonesia dan Filipina.

“Lokasi yang berdekatan dengan Kuala Lumpur (KL) juga menarik perhatian kerana pembikin filem juga boleh menjalankan penggambaran di sana dan kawasan Cyberjaya yang bebas kesesakan lalu lintas memudahkan tugas mereka,” tambahnya.

Sudah membuktikan kredibiliti dengan penerbitan enam dokumentari pendek termasuk Keris, Wau, Batik, Bajau Laut, Potugis Melaka dan Kellie’s Castle yang dijual kepada 22 saluran menerusi Discovery Channel, filem popular terbitan KRU Studio, Cicakman juga sudah dialih suara dan dijual di Perancis.

Maka, memandangkan ingin menembusi pasaran luar, KRU berhasrat untuk menghasilkan produk dalam bahasa lain. “Finas banyak membantu kami. Jadi kami mengambil peluang ini untuk mengembangkan industri tempatan.

“Namun, jika diberikan lebih intensif, kami boleh pergi lebih jauh. Negara kita mempunyai banyak bakat tetapi cuma tidak dipasarkan keluar. Jadi bagi membantu industri tempatan, kita perlu menghasilkan banyak produk yang boleh dijual di luar,” jelas Norman sambil disokong Yusry dan Edry.

Sedang mengumpul data dan informasi mengenai pengedar filem luar, KRU Studio ingin membina satu jalan bagi membantu produknya serta hasil kerja syarikat lain bagi menembusi pasaran luar. Sudah mempunyai lebih 10,000 data mengenai pengedar luar, KRU Studio juga telah mendapat tempahan untuk sepanjang tahun 2010.

“Dengan teknologi yang ada, kami mahu menghasilkan produk yang lebih menarik perhatian antarabangsa. Namun, ini bukannya bermaksud meninggalkan kualiti serta elemen tempatan. Kami mahukan produk berkualiti kerana jika hasilnya bagus, penonton luar tidak kisah jika ia dialih suara,” ujarnya dengan yakin.

BUKAN lagi bermimpi, tiga beradik ini telah membuktikan dengan kecekalan semangat, mereka mampu mengotakan segala impian masa lalu.

Memandangkan KRU Studio akan berpindah sepenuhnya ke Cyberjaya penghujung tahun ini, ramai yang tertanya-tanya dengan status pejabat lama mereka yang terletak di Jelatek, Keramat, Kuala Lumpur.

“Kami sedang memikirkan sama ada untuk menjual atau menyewa premis itu. Kami membeli bangunan itu pada tahun 1996 tetapi tidak pasti sama ada sekarang adalah masa yang sesuai untuk menjualnya.

“Kami ada juga fikirkan untuk menjadikan tempat itu sebagai pusat latihan kerana kami mempunyai ramai pelajar sekarang. Buat masa ini, kami ingin mencari jalan terbaik. Jika ada syarikat produksi lain yang ingin beli, itu lebih baik,” jelas Norman lagi.

Written by Langit Biru

Mei 1, 2009 pada 8:04 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: