Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kembalikan Wulan ke waktu asal

leave a comment »

Perasan tak sejak akhir bulan lepas siaran Wulan di TV2 telah ditukar waktu siaran. Dari pukul 6 petang kepada pukul 3 petang hingga 4 petang. Masih lagi pada hari yang sama.  Tak sukanya saya. Ye lah drama tu dah masuk musim ke-dua. Memang saya akan tengok lah kalau tiada benda menghalang.

Kasihan kat ibu saya. Bukannya apa. Dia memang ikut drama tu. Bila balik kerja dah sampai rumah dekat pukul 6. Sambil rehat kejap minum petang tengok lah drama Wulan. Tapi sekarang bila dah tukar waktu siaran tak dapat lah dia tengok. Takkan nak suruh dia tengok kat Youtube pula kan.

Rasanya memang ramai orang yang bekerja mengikuti drama ini. Waktu tengah hari tu berapa ramai je yang dapat tengok kan. Ini belum lagi siri drama Melayu yang dulu waktu yang sama tapi hari siaran dari Jumaat hingga Ahad. Waktu baru ialah pukul 1.30 – 2.30 petang hari Isnin hingga Khamis. Hujung minggu kan hari keluarga sekurang-kurangnya waktu petang keluarga akan bersama untuk berehat dan menonton tv bersama. Ini waktu tengah hari siapa je yang akan tengok. Pelajar-pelajar sekolah belum pulang ke rumah, para suri rumah pula sibuk menguruskan makan tengah hari keluarga.

Takkan lah RTM tak fikirkan pasal rating drama. Pelik betul

Written by Langit Biru

Mei 3, 2009 pada 5:03 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: