Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Persembahan Hafiz yang dejavu

leave a comment »

Semasa saya menonton persembahan Hafiz menyanyikan lagu Malique dengan penampilan Najwa ia seakan dejavu. Macam saya pernah melihat persembahan itu tapi tak ingat di mana. Tapi saya belum lagi melihat persembahan Malique dengan lagu ini.

Pada pendapat saya, Najwa lagi menyerlah dalam persembahan ini tapi Hafiz tak kurang hebatnya. Nyanyian Najwa memang sedap. Saya lebih merasakan Najwa yang menguasai persembahan ini. Kita perlukan lebih ramai lagi penyanyi seperti Najwa dan Hafiz.

Image Hosted by ImageShack.us

Hafiz AF7 – Kau Yang Punya (menampilkan Najwa)

Puaslah saya fikir, siapakah artis yang pernah atau persembahan yang hampir serupa dengan mereka berdua.

Rupa-rupanya ini lah mereka. Penyanyi hip hop dari Korea Selatan iaitu MC Mong dengan lagu dia yang bertajuk I Love U Oh Thank U menampilkan Kim Tae Woo. Kedua-dua lagu memang lah tidak sama langsung baik dari segi bahasa atau lirik tetapi pada saya dari segi persembahan dan nyanyian ada persamaan. Iaitu seorang penyanyi hip hop dan seorang penyanyi R&B.

Lagu ini dari album MC Mong yang ke -2 (2005)  dan  menjuarai beberapa carta muzik di Korea Selatan pada tahun 2005.

Image Hosted by ImageShack.us

Apa yang menarik ialah dalam satu rancangan bual bicara yang menampilkan MC Mong dan Kim Tae Woo serta ahli panel yang lain, terdapat seorang ahli panel yang menyatakan bahawa dia mati-mati ingat yang lagu ini ialah lagu Kim Tae Woo yang menampilkan MC Mong sebagai rapper undangan. Tetapi yang sebaliknya yang berlaku.

MC Mong – I Love U Oh Thank U (with Kim Tae Woo)

Written by Langit Biru

Mei 5, 2009 pada 5:02 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: