Langit Biru

Semua orang sudah tahu

07.05.09 Norman: Tak perlu dikontroversikan tanduk jin Notti

leave a comment »

Mei 7, 2009
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ (mStar Online)

TAK perlu ada kontroversi tentang tanduk Notti,” jawab Ketua Kumpulan KRU Studios dan produser filem Jin Notti, Norman Abdul Halim apabila disoal tentang tanduk menggambarkan ‘syaitan’ itu.

Image Hosted by ImageShack.us

Fara Fauzana (kiri) melakonkan watak Notti manakala Mawi (dua dari kanan) sebagai Inspektor Aziz. Turut serta adalah pengarah Azhari Zain (dua dari kiri) dan Norman Abdul Halim

Tanduk itu dipakai oleh Fara Fauzana yang melakonkan watak Notti, seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur yang berusia 117 tahun.

Notti dikenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang dikurung dalam penjara yang dipanggil ‘All Alone’ oleh Majlis Penghakiman Jin yang diketuai oleh Jin Samsu.


Sebagai hukuman, Notti dihantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal.

Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza iaitu Ruby (gadis remaja Punk), Y’vonne (gadis kongsi gelap) dan Sharifah (peguam sofistikated).

“Mengenai tanduk, saya pernah minta khidmat nasihat Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

Image Hosted by ImageShack.us

Norman menyerahkan cenderamata kepada Naib Presiden Produk TM Azizi A. Hadi (kiri) sebagai tanda kerjasama KRU dengan syarikat konglomerat itu.

“Pada mulanya, ada yang tak benarkan kami menggunakan tanduk itu tetapi kami mengikut garis panduan yang diberitahu oleh JAKIM.

“Tanduk dalam filem itu hanya digunakan sebagai corak filem komedi dan tiada langsung dicampur adukkan dengan agama.

“Ia lebih justifikasi dan tidak gambarkan perkara yang tahyul,” jelas Norman.

Malah Norman turut mempersoalkan, “Saya nak tanya ada tak orang pernah tengok yang tanduk ini ada pada jin ke, syaitan ke.”

Tambah Norman, “Saya minta supaya masyarakat melihat tanduk itu dari perspektif hiburan.

“Filem ini telah mendapat kelulusan ‘Lulus Bersih’ tanpa potongan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan diberikan status 12 PG (kanak-kanak di bawah 12 tahun perlu mendapatkan pengawasan ibu bapa).”

Norman juga memaklumkan yang LPF membenarkan KRU mengekalkan perkataan ‘Jin’ pada tajuk filem itu.

“Jin Notti sudah mendapat kelulusan dari LPF sejak sebulan lalu. Lagipun filem ini lebih bercorak romantik.

“Inilah keterbukaan yang harus dimulakan. Sekarang kami tengah menunggu tarikh wajib tayang yang tertakluk kepada tarikh bersidang nanti. Mungkin filem ini akan ditayangkan pada Syawal 2009,” beritahunya mengenai filem berkos RM2 juta itu.

Filem Jin Notti merupakan filem ke-4 terbitan KRU Studios selepas menerbitkan filem bergenre fantasi lain iaitu Cicakman, Duyung dan Cicakman 2: Planet Hitam.

Di sebalik peceritaan filem ini, Norman berkata Jin Notti mengambarkan suatu metafora masyarakat yang selalu mencari kesalahan orang lain dengan memaparkan perkara negatif untuk memberikan kesedaran selain cara menghibur dan mendidik penonton.

“Dalam Jin Notti menceritakan tentang dunia jin yang terbalik dengan dunia manusia. Cerita negatif disampaikan menerusi watak Notti dalam kelompok jin yang menghormati kejahatan berbanding kebaikan tetapi dia cuba menjadi nakal.

“Apa yang cuba disampaikan, kita selalu mencari kesalahan orang lain dulu baru diri kita. Tetapi sebenarnya, kita yang menentukan hala tuju diri kita semasa menghadapi suasana ‘adversity’ dan menentukan jalan yang baik atau tidak,” jelasnya mengenai filem yang mempunyai kemungkinan untuk dibuat sekuel kedua itu.

Jika filem itu akan disambung, Norman berharap pelakon utamanya iaitu Mawi dan Fara Fauzana tidak serik lagi untuk berlakon.

Menurut Norman, kali ini dia memberikan peluang kepada pengarah baru, Azhari Zain atau Z sebagai langkah mencari bakat baru.

“Kami akan terbitkan banyak filem dan membuka peluang kepada pengarah baru untuk mengarah satu atau dua buah filem.

“Azhari selalu menjadi penolong pengarah untuk filem terbitan KRU sebelum ini seperti Cicakman.

“Kali ini Azhari bergelar pengarah pula sebagai langkah besar untuk dia bergerak dalam industri ini,” ulasnya.

Dalam pada itu, Azhari berkata dia berasa terhutang budi dengan KRU kerana memberikan peluang untuk mengarah filem buat pertama kalinya.

“Filem ini merupakan filem pertama saya dan KRU memberikan saya untuk menikmati serta melihat perkara negatif dalam hidup yang diselitkan secara sinikal dan komedi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terbayar agaknya kepada adik-beradik KRU,” luah Azhari.

Azhari mula bercita-cita untuk bekerja dengan KRU sejak tahun 1992 dan memulakan khidmatnya sebagai penolong pengarah Cicakman dan Cicakman 2: Planet Hitam.

“Saya juga seronok bekerja dengan Yusry. Dia juga menyunting filem Jin Notti dengan menggunakan ‘Computer Generated Imagery’ (CGI),” akhirinya mengenai filem yang ditaja oleh Telekom Malaysia Berhad (TM).

Sebagai penaja utama, TM turut menawarkan kandungan media online eksklusif filem Jin Notti melalui Hypp.TV, rakan kongsi online rasmi filem Jin Notti.

Antara kandungan yang menarik dan eksklusif dari laman mikro Jin Notti di Hypp.TV adalah visual-visual disebalik tabir pembikinan filem Jin Notti, potongan filem pendek (movie trailer), video muzik lagu tema filem Jin Notti iaitu ‘Seumur Hidup’ dan klip video eksklusif dari filem itu.

TM akan melakukan promosi untuk filem ini mulai 21 Jun depan.

Nantikan filem Jin Notti mulai Hari Raya Puasa akan datang di pawagam!

Written by Langit Biru

Mei 7, 2009 pada 4:01 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: