Langit Biru

Semua orang sudah tahu

[TV3] Yusuff – Episod Akhir

with 4 comments

Drama ini telah saya tonton dari mula walaupun ada juga terlepas 2,3 kali. Tapitak sempat nak buat ulasan untuk minggu terakhir sebab banyak perkara yang mengganggu dan juga ada ke yang kisah. Saya akan tulis apa yang saya ingat lah.

Secara keseluruhan, jalinan cerita bagus. Nak tau juga rating drama ini tapi macam mana nak dapatkan maklumat itu ya. Mari kita teruskan dengan ulasan. Saya gabungkan semua episod  yang tak sempat saya ulaskan. Ewah…

* Yusuff telah berjumpa dengan Pak Lang di kampung dan sekali lagi menjelaskan siapakah dia yang sebenarnya. Tapi Pak Lang masih tidak mahu memberitahu perkara sebenar kepada Yusuff kerana dia berasa sangsi dengan Yusuff. Tapi setelah melihat kesungguhan dan kejujuran Yusuff  serta Maznah untuk mencari keluarga Yusuff membuatkan dia berubah fikiran. Dia berjanji akan menghubungi Yusuf kelak.

*Aziz masih mencari Zaliha. Dia ingin berbaik semula dengan Zaliha dan sanggup berbuat apa sahaja. Selepas itu, sebagai syarat untuk berbaik semula Zaliha menyuruh Aziz untuk membuat laporan polis mengenai Yusuff yang tidak terlibat dalam kejadian yang dibuat oleh En. Masdor. Aziz bersetuju dengan Zaliha. Dia membantu polis dalam siasatan dan ini menyebabkan Yusuff dibebaskan.

* Tragedi telah melanda keluarga Rabiah. Razam menghadapi masalah dalam perniagaan senjata haramnya itu, selepas itu. Yaser telah koma kerana jatuh dari balkoni kondominiumnya semasa dia tengah khayal menghisap dadah. Yamin pula telah diculik oleh kumpulan penjahat di Nigeria semasa cuba menguruskan perniagaan senjata api. Raziq baru pulang dari Macau selepas berjudi tetapi tidak mendapat hasil yang lumayan. Bustamam pula setelah mengetahui apa yang berlaku di antara isterinya dan Razam telah tidak ke pejabat dan mengasingkan diri.

* Rupa-rupanya Rabiah masih hidup dan dia terkena penyakit misteri. Seluruh badannya ada kudis dan yang sewaktu dengannya. Rabiah tinggal di sebuah banglo di pinggir bandar dan tidak berhubung dengan sesiapa pun. Razam berjumpa dengan Rabiah untuk meminta pertolongan kerana menghadapi masalah perniagaan dan juga kerana adik-adiknya yang di dalam kesusahan.

* Rabiah menyimpan permata warisan keluarga. Tetapi sebenarnya separuh daripada permata itu kepunyaan keluarga Yaakub. Ayah Rabiah telah mencuri permata kepunyaan Yaakub itu. Razam minta permata itu dari ibunya untuk dijual untuk membantu perniagaannya dan adik-adiknya itu. Sebenarnya masalah yang dihadapi oleh Razam ialah perniagaan menyeludup senjata api dengan kumpulan mafia telah gagal kerana disabotaj oleh orang lain iaitu En. Masdor yang juga terlibat sama.

* Bustamam telah mengikuti Razam ke rumah ibunya dan rasa terkejut mengenai hakikat yang ibu mereka masih hidup lagi. Kemudian dia memberitahu Raziq apa yang berlaku tetapi Raziq tidak percaya. Raziq terkejut kerana Bustamam tidak memanggil Razam dengan ‘abang’.

* Disebabkan tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar ganti rugi kepada penyeludup senjata dan juga membayar wang tebusan untuk Yamin, Razam berjumpa dengan Yusuff untuk membuat pinjaman. Tetapi tanpa menyedari yang Yusuff telah mengetahui siapakah Razam sebenar. TetapiYusuff tidak memberikan pinjaman kerana tidak yakin dengan alasan yang diberikan oleh Razam.

* Pak Lang telah berhubung dengan Yaakob dan memberitahu yang dia telah berjumpa dengan Yusuff dan menyuruh Yaakob dan Benji segera pulang ke rumah. Yaakob gembira dengan berita itu dan segera ingin pulang ke kampungnya. Mereka tiba di kampung dan Pak Lang segera menghubungi Yusuff supaya segera datang.

* Razam semakin tertekan kerana tidak cukup duit dan juga kerana ancaman penculik untuk membunuh Yamin jika tiada wang tebusan. Demi untuk melepaskan diri dia sanggup Yamin dibunuh. Kemudian setelah mengetahui yang Yaakob dan Benji berada di rumah, dia menculik mereka dan meminta wang tebusan dari Yusuff.

* Yusuff telah dapat mengingat kembali peristiwa yang berlaku semasa dia kecil. Macam mana dia terjatuh di gaung akibat perbuatan Razam. Kemudian Bustamam datang untuk memberi pertolongan tetapi Yusuff berasa yang ini perangkap kerana menyangka Razam menghantar Bustamam untuk mengintip.

* Selepas dipujuk oleh Pak Rambo dan yang lain, Yusuff bersetuju untuk mengikut Bustaman. Maznah diarahkan berada di pejabat dan tunggu maklumat daripada mereka. Bustamam membawa mereka pergi ke rumah Rabiah. Di sana, Bustamam melepaskan Yaakob dan Benji dan mereka bertemu dengan Yusuff akhirnya.

* Selepas itu Rzam munculkan diri. Dia bercakap mengenai duit, harta dan sebagainya. Kemudian Rabiah munculkan diri dan semua orang terkejut. Lepas itu ada kejadian tembak menembak dan polis telah datang tepat pada waktunya.

Tamat.

Drama ni keseluruhan bagus. Tapi ada juga adegan yang tak logik pada saya lah. Bila Yaakob dan Benji dihalau keluar dari rumah mereka semasa Rabiah masih hidup. Selepas itu mereka berpindah ke rumah lain. Perabot rumah itu lengkap. Kalau ikut logik pun kalau menyewa takkanlah rumah dah terus lengkap. Inikan pula orang lelaki yang tinggal kan. Lepas tu bila mereka keluar nak melarikan diri dari Razam. Rumah tu pun sama juga.

Tiada bahasa rojak digunakan melainkan bila ada dialog English dengan penjahat antarabangsa. Memang betul lah tu. Takkan nak cakap dalam bahasa Melayu. Pakaian pun sesuai juga dengan adegan.

Tapi lepas ni taknak dah buat ulasan. Penat, lagipun banyak sangat episod.  Tapi lain lah kalau ada Ashraf Muslim lagi mungkin saya akan berfikir dulu.

Penat saya taip dan perah otak ni. Jangan lah nak letak nota saya ni dimana ceruk alam maya ini. Hanya bagi pautan saja. Terima kasih.

4 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Saya ikuti cerita ni dari mula hingga akhir. tapi awak perasan tak, episod akhir ni mcm tergantung. siapa yg kena tembak, ada ke yg mati, dan sbgnya…. rasa tertipu pula…

    Ruf

    Mei 17, 2009 at 8:56 pm

  2. Sebab itu lah saya cakap macam mereka buat akhir drama ini tergesa-gesa. tapi takpe ia masih menarik.

    Langit Biru

    Mei 26, 2009 at 4:37 pm

  3. setuju dengan rof..
    saper yang kena tembak?

    no one

    September 22, 2009 at 9:28 pm

  4. bukan rof tp ruf.
    nama baru dowh!
    hehehe ;)

    no one

    September 22, 2009 at 9:29 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: