Langit Biru

Semua orang sudah tahu

One In A Million 3 Akhir

leave a comment »

Saya baru ada masa untuk menulis mengenai finale OIAM3. Sejak mereka mengumumkan yang penonton boleh mengundi untuk berapa yang akan buat persembahan semasa pertandingan akhir, 2-3 kali lah saya undi untuk 3 orang yang akan membuat persembahan semasa akhir. Melayang juga lah kredit telefon bimbit sesiapa yang berdekatan saya untuk saya undi ‘YA TOMOK’.

Memang semangat lah nak tengok finale ni. Dimulakan dengan persembahan Final 12. Wah, memang menarik betul. Para peserta kali ini memang berbakat cuba nasib sahaja tidak menyebelahi. Kemudian, semasa Awal mengumumkan yang Tomok tersingkir memang terkejut lah sebab tak menyangka ini berlaku. Beza peratus memang banyak juga. Tapi kemudian diumumkan sekali lagi yang Tomok akan membuat persembahan disebabkan pengundian di laman web. Memang rasa lega sangat.

Image Hosted by ImageShack.us

Aweera membuat persembahan pertama medley ‘Sampai Syurga/My Baby You/Hukum Karma’. Boleh lah tapi tak suka rambut dia tu. Patut diikatkan jer.Esther suara bagus. Baju tak sesuai sangat. Kesian dia. Dia menyanyikan lagu baru bertajuk ‘Menggapai Mimpi’. Tomok menyanyikan lagu ‘Hanya Kau Yang Mampu’ memang berbeza dengan persembahan penyanyi asal. Pengunaan pentas yang bagus. Saya pun ikut teruja dengan persembahan dia.

Saya masih lagi mengundi. Pengacara mengumumkan kedudukan peserta sebaik saja mereka membuat persembahan. Kedudukan mereka tidak sama setiap kali. Tapi saya tak ingat lah komen para pengkritik. Tengok kat Youtube ye. Masuk segmen kedua pula. Peserta tukar baju lain.

Aweera nyanyi lagu baru bertajuk Kini Ku Di Sini. Bajunya dia menarik. Vokal tak payah cakap lah. Tapi jangan selalu sangat tarik suara tu. Esther menyanyikan lagu Please Don’t Stop The Music dengan gaya dia yang tersendiri. Tomok menyanyikan lagu baru bertajuk ‘Rindu Terhenti’. Memang gaya Tomok di dalam OIAM3 mula dengan perlahan diikuti dengan masuk bahagian yang rancak. Penguasaan pentas yang bagus. Semua orang bersemangat dan memang ade tenaga yang tersendiri. Pertama kali dengar lagu ini pun cukup teruja.

Ada juga klip dari mereka mengenai harapan dan impian untuk memenangi RM 1 juta. Esther dan Aweera sebelum tu ada juga tunjuk menangis mungkin sebab tu undi mereka lebih kot. Tunggu juga ada tak Tomok punya. Dah nak hujung baru ada.

Kemudian, sesi pengiraan undi dan ada persembahan Ayu juara musim lepas dari ‘single’ bertajuk Inspirasi Abadi tapi tak suka langsung lah dengan rambut dia. Suara dia sedap tak payah cakap. Lepas tu kumpulan indie membuat persembahan dengan lagu mereka. Bukan nak kata apa, penayanyi mereke perlu lebih latihan untuk persembahan secara langsung. Lain betul dengan Tomok dan Nine yang juga vokalis untuk kumpulan masing-masing. Mungkin sebab ini untuk TV, nampaklah baju tu kemas sikit.

Untuk persembahan terakhir mereka bertiga menyanyikan lagu Mulanya Di Sini (Freedom) dan diikuti dengan peserta yang lain. Tomok menjadi juara lelaki pertama One In A Million dan mendapat RM 1 juta.

Written by Langit Biru

Mei 11, 2009 pada 2:50 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: