Langit Biru

Semua orang sudah tahu

07.05.09 Muzik Muzik

with one comment

Pada hari Khamis yang lepas saya dan kawan-kawan pergi menyaksikan rakaman Muzik Muzik di Sri Pentas 2, Shah Alam. Memang tak dirancang pun sebenarnya. Saya pergi sebab nak tengok Faizal Tahir membuat persembahan.

Bila tengok rancangan ini disiarkan pada minggu sebelum itu di akhir rancangan Faizal Ismail ada menyebut tentang artis yang akan dicalonkan pada minggu hadapan. Ingatkan salah dengar atau pun apa. Puas juga lah tengok apa yang patut di laman web TV3 ni. Tawakal je lah kami ni pergi.

Memang berbeza apa yang kita nampak di TV dan waktu rakaman. Kami sampai di luar studio tu, ingatkan tiada orang. Tapi ada ‘booth’ Nescafe. Dapat lah minum secawan. Bila masuk je, set untuk Muzik Muzik ini kecil. Sebab bila tengok One In A Million 3 tu macam luas. Tapi mungkin dah tau tak ramai yang hadir untuk rakaman tak banyak kerusi dikeluarkan. Tak ramai pun penonton lebih kurang 50 orang.

Saya tidak duduk di sini. Ye-lah macam mana nak ambil gambar kalau saya duduk di situ kan. Lagipun nanti muka akan dicam orang. Ini set mudah alih. Saya perasan yang kedudukan set ini akan berubah setiap minggu. Mungkin bergantung kepada ruang dan artis yang akan membuat persembahan.
Image Hosted by ImageShack.us

Pengacara pada malam itu ialah Faizal Ismail dan Cheryl Samad. Cheryl bersalam dengan semua penonton yang hadir. Mereka berdua memang ramah lah. Ezlynn tak nampak pun.

Penyanyi yang pertama buat persembahan ialah Zouffi dengan lagu Ku Serahkan. Model sambilan dan penyanyi. Tinggi dan bergaya betul dia ni. Tak tau lah seluar dia jenis apa tapi nampak macam tak gosok je. Suara tu boleh la. Siap ada not yang tinggi. Ini Myspace Zouffi.
Image Hosted by ImageShack.us

Ada tak macam kumpulan nak masuk Gangstarz. Semua baju warna merah. Tengok Diddy depan mata, dengan imej badan yang baru. Diddy berduet dengan Nur atau dulu dikenali dengan Nurfatimah. Dua-dua suara sedap. Melodi lagu tu macam ada muzik klasik Cina sikit. Nak tengok gambar lagi dekat, ada di blog Diddy.
Image Hosted by ImageShack.us

Selepas itu, Faizal Tahir pula datang. Dia nyanyi depan saya. Memang teruja betul sampaikan tak sempat lah nak rakam persembahan. Bukannya apa, Faizal siap bawa pengiring lagi. Ya ampun, comel sangat. Tapi yang di TV tu tak berapa sangat.
Image Hosted by ImageShack.us

Akhir sekali ialah persembahan rock rohani dari Yantzen dan Ezam vokalis kumpulan Akar. Lagu rock perlahan.
Image Hosted by ImageShack.us

Episod ini boleh dilihat di laman web TV3 SINI. Cara-cara nak undi pun ada juga di laman web itu. Tak sempat nak ambil gambar dengan Cheryl dan juga Diddy. Ini kali pertama saya datang rakaman Muzik Muzik. Mungkin lain kali saya akan datang lagi. Tapi tengok dulu lah siapa yang akan buat persembahan. Kalau Faizal Tahir, memang sanggup lah datang.

Untuk rakaman ini disiarkan di TV3 hari Sabtu 9 Mei 2009.

Written by Langit Biru

Mei 13, 2009 pada 9:02 am

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] beberapa kali pergi ke Sri Pentas untuk melihat program yang lain. Untuk pengalaman penuh sila klik sini. Saya ada membawa kamera tetapi bila melihat orang lain membawa kamera DSLR atau yang lagi canggih […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: