Langit Biru

Semua orang sudah tahu

13.05.09 Jiwa lembut Awal Ashaari terserlah dalam ‘Syurga Cinta’

with 5 comments

Rabu Mei 13, 2009
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ (mStar Online)

SEBELUM berlakon dalam filem Syurga Cinta, aktor dan pengacara Awal Ashaari atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 28, mengaku kurang berminat dengan wanita bertudung.

Dia juga mengaku banyak dialog yang dituturkan dalam filem ini mudah membuatkan orang lain tersinggung.

Awal berlakon sebagai Irham di samping Heliza (Syuhadah), Shaheizy Sam (Alex) dan Fizz Fairuz (Zainal).

”Kadangkala, saya bimbang juga jika ada yang ’terasa’ dengan kata-kata dalam skrip seperti mengutuk wanita bertudung.

”Tetapi selepas berlakon filem ini, moral yang saya dapat adalah jangan pandang rendah kepada orang bertudung, bertaruh akan membawa padah dan gejala sosial yang negatif tidak membawa apa-apa faedah,” ulas Awal ketika ditemui di majlis pratonton filem Syurga Cinta di Mines, semalam.

Mudah menangis dalam Syurga Cinta

Irham pada mulanya tidak menyukai wanita bertudung tetapi akhirnya meminati Syuhadah yang bertudung dan kuat pegangan agamanya.

Jika sebelum ini, graduan Ijazah Sarjana Muda Filem & TV dari Lim Kok Wing – Curtin University ini sukar untuk mengeluarkan air mata namun berlainan pula apabila berlakon dalam filem Syurga Cinta.

“Ada masa saya menangis kerana disuruh dan ada masanya tidak. Air mata saya keluar secara sendiri sebab dialog dalam filem itu.

“Contohnya, dialog Cikgu Syuhadah (Heliza) kata ‘saya maafkan awak walaupun awak tak bersalah’ kepada Irham (Awal) di sebuah kafe.

“Bait kata-kata itu yang membuatkan saya sensitif. Saya pula jenis yang cepat menangis jika kena dengan jiwa saya.

“Saya rasa ini pertama kali saya mudah keluar air mata. Itupun selepas saya belajar cara-caranya di Filipina kerana drama ‘A Time For Us’ selalu ada watak sedih,” kata Awal yang memegang watak Irham dalam filem Syurga Cinta.

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Watak Irham yang dilakonkan oleh Awal banyak bermain dengan emosi dan air mata.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham.

Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal mencabar Irham memikat gadis bertudung, Syuhadah kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.

Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal (Hadziq).

Baru rasa cinta dunia lakonan

Sebelum berlakon dalam filem arahan pengarah terkenal Ahmad Idham ini, Awal telah terlibat dalam filem Diva, Diva Popular, Impak Maksima, Apa Kata Hati, I’m Not Single, dan Maut.

Akui Awal, selepas filem Syurga Cinta, baru dia merasai cinta dan nikmat berlakon.

Antara salah satu babak menakutkan yang dilakonkan oleh Awal.

“Selepas berlakon enam filem, baru saya terasa sangat rugi kerana saya tidak buat sebaik yang boleh.

“Lakonan telah mencungkil bakat saya dan sebelum ini saya berlakon hanya sekadar untuk memenuhi portfolio.

“Tetapi selepas berlakon filem ketujuh ini, baru saya merasakan nikmat berlakon dan sudah jumpa cinta dalam bidang lakonan.

“Mungkin sebab sebelum ini saya selalu diberikan watak stereotaip tetapi kali ini lebih mencabar,” ujarnya.

Tambah Awal, jika dulu dia menganggap bidang pengacaraan menjadi keutamaannya tetapi kali ini bidang itu sudah selari dengan bidang lakonan.

Awal, Hadziq dan Heliza ketika majlis pratonton filem Syurga Cinta di Mines, semalam.

Malah Awal berkata, “Saya tak sabar hendak tunggu tawaran filem lain. Selepas ini saya mahu mengambil serius dengan filem pula.”

Itulah janji Awal yang baru selesai berlakon drama bersiri Embun Mutiara (TV3) dan 3 Janda (Astro Prima) terbitan MIG.

Selepas ini, dia akan memasuki pengambaran drama bersiri 3 Serumah yang turut diterbitkan oleh syarikat milik produser terkenal David Teo.

Namun begitu, Awal bukanlah artis yang bernaung di bawah MIG sebaliknya selesa bergerak sendiri dan membuat usaha sama dengan MIG.

Ditanya tentang impiannya, Awal berkata dia teringin hendak bekerja di bawah pengarah Yasmin Ahmad, Shuhaimi Baba dan Khabir Bhatia kerana dia menggemari semua filem arahan mereka.

Awal juga mengidam untuk membuat album demi kepuasan dan koleksi sendiri atas minatnya dalam bidang nyanyian. Namun begitu, cita-citanya masih tertangguh disebabkan sibuk bekerja.

Saksikan Awal, Heliza dan Hadziq dalam filem Syurga Cinta di pawagam mulai 21 Mei ini!

Written by Langit Biru

Mei 13, 2009 pada 3:14 pm

5 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. cite ni best sangat..

    hidayat

    Mei 30, 2009 at 2:08 am

  2. citer ne best sgt2, rugi klu tak tgk
    rase mcm nak tgk sekali lagi kat panggung
    mengalir air mata huhuhhu

    Shikin

    Jun 4, 2009 at 12:40 pm

  3. citer nie best sgtttttt….heliza comei<<awal hensem….mmg pdan and cocok..

    rahimah

    Jun 11, 2009 at 11:44 pm

  4. Seronok dngr perkembangan awal.cayo….oo.

    Jana

    Jun 13, 2009 at 12:23 am

  5. kan bagus kalau mereka couple betul-betul di dunia realiti ni kan.

    tiha

    Ogos 8, 2009 at 3:43 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: