Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Album Lee Hyori tertangguh

leave a comment »

14.05.09 Kosmo! Online

Image Hosted by ImageShack.usPEMINAT yang menantikan album terbaru penyanyi terkenal Korea Selatan, Lee Hyori mungkin terpaksa menunggu lebih lama kerana ia telah ditangguhkan ke tahun hadapan.

Syarikat pengurusan Hyori, MNET Media mengumumkan bahawa album keempat Hyori yang dijadualkan berada di pasaran pada September tahun ini akan ditunda.

Ini kerana Hyori terlalu sibuk dengan pelbagai projek baru dan dia tidak mahu kesibukannya menjejaskan kualiti serta tumpuannya terhadap pembikinan album.

Malah, pihak media difahamkan produksi untuk album keempatnya masih belum dimulakan.

Wakil daripada syarikat pengurusannya berkata: “Album keempat Hyori akan ditunda sehingga tahun hadapan kerana dia terlalu sibuk dan terlalu banyak projek yang harus dilaksanakan dalam masa yang sama.

“Hyori pula seorang yang sangat teliti dalam setiap perkara yang dilakukan. Oleh kerana semuanya berjalan secara serentak, dia bimbang ia akan menjejaskan kualiti albumnya jika dilakukan dalam masa terdekat.Malah, dia lebih rela albumnya muncul lewat daripada perancangan asal demi menjaga kualiti.”

Hyori sebelum ini telah menempa kejayaan dengan album ketiganya tahun lalu dan popular dengan lagu U-Go-Girl Hey serta Mr. Big.

Sejak kemunculannya sehingga kini Hyori berjaya mengekalkan gelaran ‘ratu seksi’ dalam industri muzik Korea Selatan.

Nampaknya dia kini semakin sibuk menjadi duta pelbagai produk dan menjalani rakaman iklan di beberapa buah negara seperti China dan Jepun, selain sibuk dengan program hiburan di stesen televisyen.

Written by Langit Biru

Mei 14, 2009 pada 2:21 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: