Langit Biru

Semua orang sudah tahu

10.05.09 Tomok di HotFM 30

leave a comment »

Pada hari Ahad 10-05-09, Tomok telah menjadi artis undangan untuk Carta HotFM 30. Faizal Ismail tiada, punya lah suka Fara sebab dia berdua sahaja dengan Tomok. Memang menarik lah minggu ni. Soalan yang ditanya hampir sama dengan apa yang ada di surat khabar. Tapi ada yang lain sikit. Entah macam mana Fara dapat maklumat mengenai Tomok semasa dia sekolah dulu.

Saya dengar dari sejak pukul 9 pagi lagi. Lepas tu kena berhenti  sebab ada hal. Nasib baiklah ada siaran ulangan pada pukul 9 malam, tapi saya dengar lah dari bahagian yang saya terlepas tu iaitu mula dari pukul 10.30 malam. Tapi banyak pula rancangan yang menarik di TV waktu yang sama.

Ini ialah kedudukan Faizal Tahir – Bencinta untuk minggu ini. Masih di tempat yang sama pada minggu lepas cuma minggu lepas laman web tidak dikemaskini. Seingat saya kedudukan Faizal Tahir berada pada kedudukan ke-14. Ingat saya tak ikut carta ini. He he he…

Image Hosted by ImageShack.us

Carta ini ialah berdasarkan undian di laman web dan juga SMS pendengar. Untuk mengundi di laman web klik sini. Kena daftarkan emel dulu sebelum boleh mula mengundi. Hanya satu undian sahaja untuk setiap hari. Kalau ada banyak emel boleh lah daftar lepas itu undi Faizal Tahir banyak kali. Idea bernas sungguh.

Antara soalan Fara ialah mengenai apa yang dilakukan semasa hujung minggu jika tiada aktiviti seni. Tomok jawab dia akan berada di rumah bersama keluarga. Makan masakan ibu dan berkaraoke bersama keluarga.

Fara mula lah aksi comel mengada dia tu. Comel gila. Suka kat Farah. Dia nyanyi lagu yang diubah lirik lagu asal oleh Marsha diubah tajuk kepada ‘Aku Yang selekeh’. Pendek je lagu yang Fara nyanyi tu.

Tomok akan buat album solo berkonsepkan pop-rock. Tak sangka Fara minat lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’. Tomok nyanyi secara akustik.

Soalan seterusnya ialah jika ada RM1 juta untuk dihabiskan dalam masa sehari apa yang akan Tomok beli. Dia jawab nak buka kedai handphone, kedai laptop, kereta for lady. Kesimpulannya dia suka telefon bimbit, laptop dan kereta.

Tomok mengucapkan terima kasih kepada para peminat dan menyokong dia semasa OIAM dan memberi peluang kepada dia dalam bidang ini.

Fara bertanya kepada Tomok kenapa dia tidak menyanyikan lagu itu. Tomok menjawab sebab tak cukup minggu untuk dia sampaikan lagu itu kerana hampir setiap minggu OIAM3 ada temanya sendiri.

Ala, Tomok dah ada teman wanita rupanya. Diakhiri dengan Rindu Terhenti semasa OIAM3. Saya ingat ada lah gambar Tomok untuk sesi ini tapi tiada pun di laman web Hot FM. Kalau ada artis atau tamu di studio, letak lah gambar atau buat sesi video. Mungkin kalau nak disiarkan di TV tak boleh sekurang-kurangnya di laman web peminat boleh tengok.

Written by Langit Biru

Mei 14, 2009 pada 9:01 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: