Langit Biru

Semua orang sudah tahu

07.05.09 Faizal Tahir di rakaman Muzik Muzik

leave a comment »

Saya telah pergi ke rakaman Muzik Muzik pada 07.05.09, pertama kali pergi untuk rakaman itu. Sudah beberapa kali pergi ke Sri Pentas untuk melihat program yang lain. Untuk pengalaman penuh sila klik sini. Saya ada membawa kamera tetapi bila melihat orang lain membawa kamera DSLR atau yang lagi canggih dari saya. Tak jadi nak ambil gambar.

Memang datang sebab nak tengok Faizal Tahir sebab dia dicalonkan untuk lagu baru Bencinta. Dia giliran ketiga untuk membuat persembahan. Boleh dikatakan penonton yang hadir walaupun tak ramai ialah peminat Faizal Tahir. Kalau tengok dan dengar di TV, setiap kali nama Faizal disebut memang mendapat tepukan paling gemuruh lah.

Cuba teka Faizal bawa siapa ke atas pentas.

Image Hosted by ImageShack.us

Inilah dia anak sulung Faizal Tahir bernama Ahmad Mikaeel Zidane, umur 4 tahun. Pertama kali ikut ayah dia rasanya ke studio. Tapi mungkin ini sebab hanya rakaman. Boleh dengar penonton berbisik.


Wah, comel budak ini. Rambut perang paras bahu pula tu. Mungkin ini ialah hari ayah membawa anak ke tempat kerja. Sudah lah baju pun sedondon. Baju putih, seluar jeans biru dan juga berkasut Adidas.

Masa mereka naik ke pentas, Mik pegang erat seluar ayah dia tu. Taknak lepas. Semasa itu Faizal memanggil pembantunya untuk menjaga anaknya tetapi Mik taknak lepas. Dia tak lah meragam menangis ke apa tapi langsung tak bercakap. Tapi rakaman kena diteruskan juga. Sebab itu Mik ni ada sewaktu sesi temubual dengan Cheryl. Rakaman ini sekali sahaja sudahlah Faizal tersalah sebut ayat. Macam apa yang nampak kat TV tu.Tajuk lagu ini diberikan oleh Nikki semasa mereka mencari ilham untuk tajuk lagu ini.  Semasa di atas pentas itu, Faizal Tahir bertegur sapa dengan peminat. Macam dah kenal je.

Selepas itu, tiba masa untuk Faizal Tahir menyanyi. Faizal memujuk anaknya untuk turun dan pembantunnya juga ada. Tetapi Mik ni enggan. Peminat Faizal di barisan hadapan pun cuba panggil Mik untuk duduk bersama. Tapi Mik masih lagi diam. Memang pening sekejap lah semua orang. Selepas itu penonton di set diminta berdiri untuk membuat mengaburi Mik ni sekejap. Semua peminat yang berada di situ semua berdiri memberi sokongan. Tapi mana yang duduk depan set tu kena duduk balik sebab menghalang kamera di belakang.

Yang ini tidak disiarkan di TV dan juga tidak dirakam oleh peminat. Saya dah cari di Yotube tapi tiada. Lepas tu Faizal Tahir pun menyanyikan lah lagu Bercinta dengan Mik di tepi. Dia nyanyi secara langsung. Memang sama lah macam di radio tu. Memang tak percaya saya dapat menyaksikan persembahan Faizal Tahir. Dia berada di depan mata sahaja. Nak ambil gambar atau rakaman video pun terus tak ingat sebab terpaku melihat dia di depan mata. Dia menyanyi dengan penuh bersemangat. Semua penonton juga menyanyi bersama. Selepas itu persembahan selesai. Dia pun turun dari pentas bersama anaknya. Tapi rakaman belum berakhir lagi kerana selepas itu giliran penyanyi undangan.

Selesai sudah penyanyi undangan menyanyi, penonton pun bangun untuk pulang. Tiba-tiba krew Muzik Muzik menahan kami kerana Faizal akan membuat rakaman sekali lagi.

Kali ini tanpa anaknya. Nak disiarkan di TV Nasional. Dua kali dia membuat persembahan. Persembahan kali ini nampak lebih bertenaga. Dia juga berjalan di antara dua pentas. Macam yang di TV tu.

Tapi untuk kali ke-dua ini terasa kekurangannya mungkin tiada Mik di sisi dan juga boleh dengar bunyi mikrofon. Memang bertenaga lah persembahan ini. Walaupun dia tak buka baju tapi dia nampak seksi. Sayang sekali kamera saya tak boleh nak fokus. Bila dah habis, Faizal pun berkata “korang kena bayar budak-budak  ni sebab overtime tengok aku“. Ya,lah waktu masa itu sudah pukul 10 malam. Agak lewat juga.

Tamat lah sudah sesi rakaman. Apa lagi saya pun bergambar dekat set pentas tu. Saya ingatkan penyanyi yang lain masih berada di studio tapi mereka sudah pulang. Faizal Ismail dan Cheryl juga sudah tiada. Tak dapat lah nak ambil gambar dengan mereka. Kemudian, kami pun keluar dari studio.

Di luar studio, Faizal Tahir telah dikerumuni peminat untuk bergambar bersama. Mik juga ada sekali dalam beberapa gambar rasanya. Faizal nampak mesra dan mudah didekati. Dia melayan peminatnya dengan baik, bergambar dan berbual dengan mereka. Tiada siapa pun yang minta tandatangan. Semua nak ambil gambar. Saya perasan yang FT membuat ekspresi muka dan pergerakan yang berbeza setiap kali mengambil gambar.

Jangan lupa untuk mengundi Faizal Tahir. Harap dia akan menjadi juara mingguan dan juga berjaya masuk Juara Lagu. Lagu ini memang sedap.

Tapi undi SMS: MM<space>B413 dan hantar ke 33399.

Written by Langit Biru

Mei 15, 2009 pada 9:03 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: