Langit Biru

Semua orang sudah tahu

17.05.09 AF7: Akim Paling Menyerlah

leave a comment »

gua.com.my | 17 Mei 2009

Walaupun Hafiz dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) dan banyak pihak yang berpuas hati, namun keupayaan peserta yang berjaya meraih tempat ketiga, Akim, memang tidak dapat dipertikaikan.

Image Hosted by ImageShack.us

Tampil cemerlang dengan kedua-dua persembahan, Akim bukan sahaja berjaya meraih sorakan hebat daripada peminat yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi, malah juri pertandingan tersebut yang terdiri daripada Edrie Hashim, Datuk Khatijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramlie juga kagum dengan kebolehan anak muda itu.

Malah Edrie Hashim tidak teragak-agak memberitahu secara terbuka, Akim mampu muncul sebagai juara jika diadili berdasarkan persembahannya pada malam itu. Ini membuktikan Akim memang mempunyai pesona seorang bintang muda.

Pada malam kemumcak itu, untuk persembahan pertama, Akim menyanyikan sebuah lagu baru, “Bengang”, ciptaan Amir dan lirik oleh SQ dengan cukup berkesan. Untuk persembahan itu Edrie Hashim menyatakan persembahan Akim seperti berapi dan meninggalkan impak.

“Berdasarkan persembahan tadi awak memang boleh jadi juara. Awak sebelum ini tidak menyerlah sangat tetapi pada malam ini awak telah membuktikan AF7 berjaya melahirkan banyak bintang yang berbakat besar. Lagu tersebut juga sesuai dengan awak dan penghayatan awak sangat bagus. Cuma di bahagian korus lagu, awak perlu control sedikit supaya ianya lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Adlin Aman Ramlie yang sentiasa mengharapkan persembahan luar biasa daripada peserta AF7 menganggap persembahan Akim dalam segmen pertama sebagai “boleh tahan”. Namun katanya untuk persembahan dalam sebuah konsert yang berskala besar seperti AF7, apa yang diberikan oleh Akim masih belum mencukupi untuk melayakkannya muncul sebagai juara pertandingan.

Tetapi Akim ternyata mampu memberikan persaingan sengit apabila dia muncul dengan konsep persembahan yang cukup menarik melalui lagu keduanya, “Bencinta” yang sebelum ini pernah dipopularkan oleh Faizal Tahir.

Dengan persembahan yang berkesan dan dramatik, Adlin Aman Ramlie ternyata berpuas hati dengan apa yang dihidangkan oleh Akim. Katanya, Akim memenuhi segala item yang perlu ada di dalam sebuah konsert besar seperti AF7.

Tambahnya sebagai seorang penyanyi, mereka tidak boleh muncul dengan persembahan yang hanya berbekalkan lagu dan mikrofon tetapi perlu tampil dengan konsep-konsep yang menarik seperti yang dilakukan Akim agar ia mampu memberikan impak serta menarik perhatian semua orang.

“Persembahan awak sangat bagus. Pada malam ini saya lihat awak sebagai seorang penghibur. Tenaga yang awak bawakan dalam persembahan tadi cukup besar sesuai dengan set, lokasi, pencahayaan dan semua perkara yang perlu ada di dalam sebuah konsert. Saya mencari persembahan seperti ini dan saya kagum sebab awak berani bermain dengan konsep,” katanya.

Akim, ketika ditanya tentang perasaannya apabila diberitahu dia bukan peserta pilihan di awal pertandingan, memberitahu tidak kisah dengan tanggapan tersebut. Namun dengan segala kritikan positif yang diterimanya, dia telah membuktikan bahawa dia memang layak untuk beraksi di pentas final dan berharap peminat akan terus memberikan sokongan kepadanya selepas ini.

“Saya mahu berterima kasih kepada tenaga pengajar yang banyak mengajar saya selama berada di dalam AF7. Saya akui memang sukar untuk menjadi seorang yang hebat. Tapi saya belajar daripada orang yang kecil kepada orang yang besar dan bersyukur kerana persembahan saya diterima baik oleh peminat,” katanya.

Sementara itu, pengatua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina mengakui di antara kelima-lima perserta akhir, Akim merupakan peserta yang paling banyak ditransformasikan. Katanya sebelum ini, Akim kurang yakin dengan dirnya sendiri tetapi pada malam ini dia membuktikan bahawa dia memang berkemampuan.

“Selain Akim, Isma dan Yazid juga telah banyak berubah. Yazid yang sebelum ini sangat pemalu telah keluar daripada kepompongnya. Manakala Isma, ibu kepada lima orang anak telah berubah menjadi seorang wanita yang ‘hot’ dan saya yakin mereka semua mampu pergi jauh selepas ini,” ujarnya yang berterima kasih kepada pihak Astro yang memberikan kepercayaan kepadanya menjadi pengetua wanita pertama AF serta semua tenaga pengajar yang telah bersusah payah bersamanya selama ini.

Komen Finalis Lain:

Aril – Saya memang tak sangka akan muncul menjadi naib juara pada malam ini. Apa yang penting, saya telah lakukan yang terbaik demi peminat saya yang telah mengundi saya hingga saya masuk kembali di dalam AF7. Saya harap semua pihak berpuas hati dan kepercayaan yang diberikan oleh peminat menjadi kekuatan diri saya pada malam ini.

Yazid – Sama seperti peserta lain. Saya berterima kasih kepada tenaga pengajar dan peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan. Saya harap peluang saya untuk menonjolkan bakat saya akan lebih terbuka selepas ini.

Isma – Walaupun saya mendapat tempat kelima tetapi saya tak rasa kecewa. Apa yang pasti selepas ini saya akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh supaya apa yang yang saya cita-citakan selama ini akan berjaya dicapai.

Written by Langit Biru

Mei 18, 2009 pada 8:30 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: