Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu ini

leave a comment »

Kedudukan Faizal Tahir di carta untuk lagu Bencinta telah meningkat. Semua sebab hasil para peminat termasuk saya. Kalau lah ibu saya tahu yang saya menggunakan telefon bimbitnya untuk mengundi Faizal Tahir. Hbislah saya.

Saya nak buat ulasan 2 rancangan dalam entri ini. Malas lah nak buat banyak-banyak pun bukan ada orang kisah.

Muzik Muzik 16 Mei 2009

Image Hosted by ImageShack.us

Faizal Tahir mendapat tempat pertama sebaik sahaja dicalonkan pada minggu lepas. Ingat kan setakat kedudukan 10 terbaik sahaja ini terus mendapat tempat pertama. Tahniah diucapkan kepada peminat seperti saya yang mengundi untuk Faizal Tahir. Artis lain yang dicalonkan bersama juga mendapat kedudukan yang baik.

Tapi pencabar baru juga tidak kurang hebatnya. Saya akan terus mengundi Faizal Tahir walaupun hanya sehari sekali. Serta menggunakan telefon bimbit ibu saya.

Untuk mengundi Faizal Tahir untuk Muzik Muzik,  SMS MM<jarak>B413 dan hantar ke 33399.

Hot FM Tiga Puluh 17 Mei 2009

Aweera menjadi artis undangan untuk minggu ini di carta 30. AM Krew kembali dengan Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Loghat utara Aweera memang jelas kedengaran. Macam-macam soalan diberikan kepada Aweera. Dari mula menyertai OIAM3 dan sekarang. Tapi tidak pula saya ikut sangat melainkan jika Aweera ada menyebut nama Faizal Tahir.

Selepas itu, Fara menyatakan yang Aweera serta rakan yang lain menyertai futsal selebriti yang turut disertai oleh Faizal Tahir tapi kenapa tiada sebarang berita di surat khabar. Musykil saya. Aktiviti itu berlangsung minggu lepas. Ramai selebriti terlibat dan Faizal Ismail turut memberi komen mengenai artis lain yang hadir.

Kini, Faizal Tahir juga menjadi idola buat Aweera. Ini mungkin kerana mereka meminati genre yang sama iaitu rock.

Ini pula ialah kedudukan Faizal Tahir di carta tiga puluh iaitu di tempat ke-lima. Saya akan terus mengundi untuk Faizal Tahir walaupun hanya dibenarkan mengundi  sekali sehari menggunakan satu emel.

Image Hosted by ImageShack.us

Cepat juga carta tiga puluh ini dikemaskini untuk minggu ini. Ye-lah nak dibandingkan dengan minggu sebelumnya itu. Untuk mengundi Faizal Tahir KLIK SINI. Email perlu didaftarkan dahulu.

Baru teringat, di Bintang Popular keluaran 17 Mei carta Hot FM Tiga Puluh terdapat kesilapan iaitu kedudukan carta ialah pada 10 Mei. Saya perasan sebab kedudukan Bencinta di nombor tujuh. Ini pula ringkasan daripada guamuzik.com.my.

Image Hosted by ImageShack.us

Kenapa lagu ini tidak dimainkan di radio yang lain atau saya yang tidak radio lain. :)

Written by Langit Biru

Mei 20, 2009 pada 9:16 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: