Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Selamat tinggal Kirana!

leave a comment »

Sejak 18 Mei yang lalu, Astro Kirana saluran 122 telah ditamatkan siaran. Tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak ASTRO. Memang-lah saya sedih sebab saluran itu antara saluran kegemaran saya. Banyak filem Asia yang saya tonton dari saluran itu.

Saya rasa ini untuk beri laluan kepada segmen baru ASTRO Mustika. Tapi memang saya takkan langgan lah segmen itu. Sedangkan pakej yang ada ini pun tak tertengok dan juga siaran yang selalu tidak dapat waktu hujan. Takpelah terima kasih aje.

Kirana antara saluran ASTRO kegemaran saya kerana ia menyiarkan filem-filem antarabangsa yang memang tidak akan ditonton di siaran lain. Setakat yang filem pernah saya tengok di Kirana dari Korea (mestilah), Jepun, Mongolia, Perancis dan lain-lain. Apa yang saya baca filem yang disiarkan ialah filem yang pernah mendapat pengiktirafan di festival filem antarabangsa.

Antara lain sebab filem yang disiarkan lebih kepada unsur keluarga dan masyarakat serta filem yang lebih mencerminkan identiti negara tersebut. 

Sekarang ni kalau nak tengok filem Korea kena muat turun dari Internet, beli DVD atau tunggu disiarkan di TV tempatan. 

Written by Langit Biru

Mei 25, 2009 pada 9:59 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: