Langit Biru

Semua orang sudah tahu

24.05.09 Berhibur biar ada batasannya

leave a comment »

Wah, Faizal Tahir memang mengikuti perkembangan semasa industri. Saya baca artikel ni pun macam teruja betul. Ni memang penuh satu muka surat di surat khabar.

Oleh Faizal Tahir
faizaltahir@bharian.com.my

Image Hosted by ImageShack.us

Nabil dan Stacy antara pemenang di ABPBH2008, satu anugerah yang patut dihargai oleh semua artis dan personaliti dalam dunia hiburan

Matlamat penganjuran pertandingan nyanyian mestilah lebih jelas

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca setia B*Pop

Diharapkan pembaca semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Sudah beberapa minggu kita disajikan dengan pelbagai program hiburan yang mendapat perhatian meluas dari segenap lapisan masyarakat.

Memang benar, berhibur itu tidak salah. Tapi jangan sampai kita lupa dengan keutamaan dan tanggungjawab kita yang lain. Biar ada batasan. Siapa yang tidak suka dengan hiburan, betul tak?

Image Hosted by ImageShack.us

M Nasir, Salamiah Hassan dan Misha Omar (tengah) di AIM16, anugerah yang memberi pengiktirafan kepada karyawan muzik tanah air.

Bermula dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) diikuti dengan Anugerah Industri Muzik (AIM), kemudiannya kita disajikan dengan Konsert Akhir OIAM yang menyaksikan Tomok muncul juara. Belum pun reda dengan itu semua, kita telah dihidangkan dengan Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim 7.

Memang salah satu program yang dinantikan oleh majoriti besar masyarakat kita. Tahniah saya ucapkan kepada Hafiz yang muncul sebagai Juara AF 7. Tahniah juga kepada Aril, Akim, Yazid dan Isma dia atas pencapaian cemerlang anda semua. Semoga mereka ini dapat memberi sumbangan yang setimpal kepada industri hiburan kita, Insya’Allah.

Namun, apa yang harus diingat adalah keputusan akhir bukanlah penentu masa depan kita semua. Apa yang paling penting adalah apa yang berlaku selepas itu. Kita yang bakal menentukannya sendiri. It’s a whole different world out there.

Segala program hiburan ini tidak berakhir di situ sahaja. Tidak lama lagi kita bakal menyaksikan Anugerah Planet Muzik pula dan bagi mereka yang belum mendengarnya lagi, kita bakal menyaksikan satu majlis penganugerahan baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi iaitu Shout Awards.

Shout Awards adalah satu majlis penganugerahan yang lebih radikal dan urban yang memberi ruang serta membuka pintu kepada semua golongan artis, khususnya dalam bidang muzik, tidak kira lama atau baru.

Saya memuji usaha pihak penganjur yang berniat mengangkat dan memartabatkan lagi industri muzik tanahair kita dengan usaha menganjurkan majlis penganugerahan ini. Namun kita harus tunggu dan lihat segala hasil dan ‘outcome’ program ini nanti.

Setelah selesai OIAM musim ke-3 dan AF 7, kita sekarang dihidangkan pula dengan dua lagi program nyanyian yang mempunyai konsep dan kredibiliti tersendiri. Mentor 3 dan Bintang RTM adalah dua rancangan pertandingan nyanyian yang sedang bersiaran di TV3 dan TV1 masing-masing.

Sudah menjadi seperti makanan penonton televisyen dengan program seperti ini. Menyanyi dan menjadi penghibur sudah menjadi seakan-akan cita-cita dan profesion impian dan utama setiap rakyat Malaysia. Sehinggakan ada rancangan yang sanggup mengubahsuai syarat untuk had umur peserta yang layak mengambil bahagian dalam rancangannya.

Usah sia-siakan peluang dan pengiktirafan

Saya sendiri tertanya-tanya apakah matlamat sebenar setiap rancangan ini. Sehinggakan majoriti anak muda kita semuanya mahu terbabit dengan dunia hiburan. Mungkin saya terlalu memikirkannya, tetapi itulah hakikatnya.

Secara jujurnya, saya tidak memikirkan program ini salah atau tidak relevan. Mereka yang menyertai rancangan sebegini hanya sekadar mahu mencuba nasib dan merealisasikan impian masing-masing. Namun apa yang lebih penting adalah peranan dan tanggungjawab pihak yang terbabit secara langsung dengan rancangan ini.

Setiap individu harus punya peranan dalam memastikan setiap bakat yang dilahirkan dari rancangan itu tahu hala tuju masing-masing. Pihak penganjur, bakat itu sendiri, ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat sendiri mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan perkembangan dan ‘pembangunan bakat itu adalah relevan dan berbaloi kepada industri dan dirinya sendiri. Bukan mudah untuk melakukan sebegini. Penganjur setiap rancangan pula harus tahu apa yang sebenarnya mahu disampaikan dan dicari dalam setiap rancangan itu.

Apakah sumbangan setiap rancangan kepada industri hiburan kita? Seperti apa yang telah saya katakan, keputusan akhir pertandingan bukanlah segala-galanya.

Apa yang berlaku dan dilakukan oleh setiap peserta selepas itu adalah lebih penting. Setiap individu harus tahu apa yang dia mahukan. Apa yang harus dilakukannya untuk mencapai matlamatnya itu. Itulah yang akan menentukan kedudukan dan hala tuju kita selepas itu. Diri sendiri adalah tiang asas yang bakal membina masa depan masing-masing.

Dalam dunia yang serba moden dan dipenuhi dengan kemudahan seperti rancangan realiti ini kita seharusnya bijak mengambil peluang dan memastikan segala peluang yang diberikan itu tidak sia-sia.

Yang paling penting, kita tidak seharusnya mudah berasa selesa dengan setiap pencapaian dan kedudukan kita walau tinggi mana sekalipun pengiktirafan yang diberikan.

Kerana itulah saya pernah menulis tentang begitu pentingnya peminat dan orang sekeliling kepada seseorang artis itu. Peminat bagaikan nyawa dan ‘driving force’ di sebalik kejayaan seseorang artis itu.

Saya bersyukur dengan kelompok peminat saya sendiri kerana terlalu banyak sumbangan dan semangat yang telah diberikan kepada saya dalam mengharungi kerjaya saya sebagai anak seni. Lebih-lebih lagi dalam dunia hiburan yang penuh dengan dugaan ini. Syukur Alhamdulillah di atas pemberian ini. Thank you my ‘ROCKENSTEINERS’. Sehingga kita berjumpa lagi, wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: