Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Bio-Nik Epi. 2

with one comment

Drama ini memang menarik. Minggu ini saya dapat menonton dari mula. Minggu lepas saya terlupa dan hanya sempat tengok 10 minit terakhir. Minggu ni saya dah tempah awal TV. Nasib baik satu rancangan realiti TV sudah berakhir.

Apa yang buat saya teruja ialah drama ini menggunakan sains dan teknologi sebagai latar belakang. Mungkin tak setanding dengan drama lain tapi ini baru permulaan.



Episod hari ini mengisahkan yang Nik telah mula sedar dan dia rasa terkejut dengan perubahan yang dialaminya. Baik dari segi fizikal dan juga mental. Ye, lah mana taknyer. Bangun jer dari trauma dah jadi manusia besi.

Kalau jalan cerita tu mungkin ramai dah tau kan. Boleh cari di blog lain, tapi saya suka perhatikan benda-benda lain selain jalan cerita itu sendiri. Seperti makmal yang menempatkan Nik semasa dia masih pengsan. Makmal tersebut nampak begitu ringkas. Hanya ada beberapa skrin komputer, kerusi, lampu dan ini mengingatkan saya kepada bilik rawatan doktor gigi. Tak nampak pun wayar-wayar berselirat ataupun ada pembantu makmal. Takkan lah projek mega macam ini hanya ada dua saintis sahaja.

Saya selalu menghadiri kursus motivasi semasa di sekolah dahulu. Para fasilitator selalu memberitahu yang kita mesti mengikuti langkah D.U.I.T untuk berjaya. Doa, Usaha, Ikhtihar dan Tawakal. Tapi dalam episod ini lain pula. Semua telah dilakukan dan diakhiri dengan doa. Perasan tak semasa adegan ibu Nik memohon doa semasa proses akhir untuk menyelamatkan anaknya itu. Masa itu memang saya gelak lah. Waktu itu-lah ingin berdoa dan memohon bantuan dari Allah SWT. Sebelum ini tiada pula dilakukan dan mengharapkan kebijaksanaan sang suami je.

Dengan keadaan makmal yang begitu ringkas tetapi masih mampu untuk melakukan operasi yang berbahaya dan mencabar. Maksud saya, Nik telah mengalami kecederaan yang amat teruk tetapi kenapa tiada kesan langsung kesan luka, balutan di badan atau plaster dan juga IV drip dan sebagainya. Tidak ditunjukkan juga proses penyembuhan dan juga proses memasukkan besi dan segala cip dalam badan Nik. Takpun yang ini saya terlepas pandang.

Lokasi penggambaran di Setiawangsa dekat dengan pejabat KRU. Ini sewaktu Nik keluar dan berlari dari rumah setelah kecewa terhadap apa yang menimpa dirinya. Padang permainan di Taman Setiawangsa. Rawak betul.

Ini drama Melayu oleh sebab itu mesti wajib adegan makan. Setakat ini sudah tiga kali waktu makan ditunjukkan. Apa lagi ya, semasa Nik menyelamatkan penyeluk saku dan ada lelaki yang mengambil gambar dari bangunan. Wah, boleh pula ada kamera DSLR. Kenapa tidak telefon bimbit, nampak lah logik sikit.

Drama ini juga boleh ditonton di laman web TV3 di SINI. Tapi mesti daftar dahulu. Macam mana nak tahu ye kedudukan drama ini semasa disiarkan?

Sesi bedah siasat akan dilakukan lagi pada minggu hadapan. Jangan pula nak letak komen saya di mana-mana.

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. bio-nik mmg best>>>cam cite misi xxxray skit tpi cite nie best gler so JGN LPA TGOK BIO-NIK KAT TV3 K…..kan best klu timbulkan 1 watak iaitu Laura….adik Nik yang blajr kat luar negara…

    rahimah

    Jun 11, 2009 at 11:38 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: