Langit Biru

Semua orang sudah tahu

28.05.09 Matahari

leave a comment »

Telah lama saya tidak membuat ulasan untuk drama ini. Saya memang mengikuti drama ini walaupun terlepas beberapa episod. Tak larat lah pula kalau nak buat ulasan setiap hari. Lagi pun drama ini boleh ditonton di laman web TV3.

Macam-macam telah berlaku kepada Arianna. Sudah banyak kejayaan dan musibah yan menimpa dirinya tetapi dia tetap tabah mengharungi hidup. Kasihan juga pada dia sebabnya dia ni bukan lah jahat pun cuma berada di waktu, tempat dan keadaan yang salah.

Orang di sekeliling yang membuat perkara jahat kepadanya. Dia yang menjadi mangsa. Dia kini keseorangan kerana suaminya telah meninggal dunia. Sedihnya, bila tengok. Tapi dia sentiasa saja bernasib baik kerana bertemu dengan orang yang baik kepadanya walaupun kadang kala ada niat yang tersembunyi. Dia telah bekerja di pejabat untuk menyara hidup setelah suaminya lumpuh dan juga kerana dia pernah bekerja dahulu.

Semasa teman pejabatnya mencadangkan agar dia mengambil pembantu rumah. Saya dah tau memang ada niat tak baik ni. Betul sangkaan saya. Boleh pula, pembantu rumah tu menjadi perisik untuk teman pejabatnya tu. Memang kes cemburu lah ni. Disebabkan suami Ariana berada di rumah dia dapat mendengar apa yang dibicarakan. Memang terkejut lah kan sebab tak sangka apa yang berlaku.

Apa lagi ye, sedih betul bila melihat sepupu Ariana sakit terlantar macam tu. Sudah lah keseorangan tiada siapa hendak melawat. Ye lah, semua ahli keluarga dia telah tiada dan hanya tinggal Arianna sahaja. Bila dia minta tolong dari jururawat untuk mencarikan Arianna terkejut kejap jururawat itu. Akhirnya Ariana dapat dihubungi dan dia segera pergi melawat Suria. Terkejut Ariana melihat keadaan Suria. Memang tak nampak lah yang dia ni jahat ke ape sebab dia terus pergi ke hospital untuk melawat. Doktor yang merawat Suria memberitahu yang Suria mengidap AIDS. Terdiam Ariana.

Rupanya majikan Ariana menaruh minat kepada dia dan ingin mengambil Ariana sebagai isteri. Patah hati teman pejabat Arina apabila mengetahui perkara tersebut. Rupanya dia pun minat juga. Mula-mula saya ingatkan yang majikan Ariana ni sudah berkahwin rupanya sudah lama membujang. Bagus lah tu kurang sikit drama nanti.

Itu sahaja setakat ini. Akan bersambung atas permintaan. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: