Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Konsert ‘The Man’ oleh Wheesung

leave a comment »

Musim panas telah tiba di Korea! Ini yang membuatkan saya ingin terbang ke Korea pada waktu begini kerana para penyanyi akan mengadakan konsert. Tidak kiralah konsert secara solo, beramai-ramai, jelajah atau percuma.

Ramai pelancong serta peminat akan datang dari pelbagai negara pada musim panas ini. Kebanyakan konsert memang akan dapat menarik perhatian pengunjung. Inilah poster ‘teaser’ penyanyi Wheesung yang akan mengadakan konsert pada bulan Jun depan. Konsert itu bertajuk ‘The Man’ yang akan diadakan pada 4 Jun sehingga 7 Jun 2009. Ini merupakan konsert pertama atau kedua dia untuk tahun ini dan akan di LG Art Center, Seoul.

Wheesung ialah penyanyi, penulis lirik, komposer serta produser muda yang berbakat. Dia telah banyak membuat lagu dan lirik untuk penyanyi di Korea. Dia lebih cenderung ke arah R&B dan hip hop.

Untuk konsert kali ini, dia telah menjemput beberapa artis yang cukup berbakat dan terkenal dalam genre masing-masing untuk menjadi penyanyi jemputan. Para penyanyi ialah Lena Park [balada], Kim Bum Soo [balada], Yoon Mi Rae Aka Tasha [hip hop] dan Dynamic Duo [hip hop]. Mereka pernah bekerjasama sebelum ini sama ada di dalam lagu atau konsert. Berdasarkan hari konsert, saya merasakan setiap hari mempunyai artis jemputan yang berasingan. Kalau boleh saya hendak pergi ke konsert yang Kim Bum Soo akan menjadi artis undangan.

Kiri - Kanan : Kim Bum Soo & Lena Park

Menurut Lena Park,”Saya rasa gembira kerana dapat bertemu kembali dan membuat persembahan bersama di atas pentas. Ia pasti menarik“. Kim Bum Soo juga berkata, “Wheesung ialah seorang penyanyi yang bekerja keras untuk menjadi yang terbaik. Cara dia mengasingkan diri ketika bekerja dan juga ketika dia mencabar perkara yang tidak disukai ialah sesuatu yang menarik. Satu persembahan yang menakjubkan akan berlaku“.

Saya pasti yang konsert ini akan berjaya dan jikalau saya mempunyai wang yang mencukupi. Harap-harap konsert ini akan ada dalam bentuk DVD. Tak dapat pergi konsert, ada DVD pun jadilah. Lagi bagus kalau konsert ini berlaku di Malaysia. Saya hanya mampu bermimpi.

Ini-lah Wheesung dalam sebuah persembahan baru-baru ini.

Written by Langit Biru

Mei 30, 2009 pada 11:25 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: