Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Archive for Jun 2009

Wonder Girls di konsert Jonas Brothers

leave a comment »

Wonder Girls telah membuat persembahan pembukaan untuk Konsert Jelajah Jonas Brothers di Amerika Syarikat dan mereka telah melakukan yang terbaik. Sejak dari persembahan pertama mereka pada 27 Jun yang lalu, saya telah mengikuti perkembangan mereka di Internet. Banyak video dari kamera peminat boleh ditonton di Youtube dan ini memang satu pencapaian yang besar buat mereka.

Image Hosted by ImageShack.us

Setakat ini mereka baru sahaja menghabiskan empat konsert dan masih ada lagi sepuluh konsert jelajah Jonas Brothers yang akan mereka sertai sehingga Ogos nanti. Park Jin Young pengurus mereka sentiasa memberi maklumat terkini melalui Twitter dan ini membuatkan saya dan peminat yang lain sentiasa teruja.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Jun 30, 2009 at 11:53 pm

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu keempat Jun

leave a comment »

Sekarang kita berada di minggu terakhir bulan Jun. Separuh tahun 2009 telah berlalu. Tahniah diucapkan kepada Nikki dan Audi Mok yang melangsungkan perkahwinan pada minggu lepas. Tapi sayang Faizal Tahir tidak dapat hadir untuk majlis ini. Dia salah seorang pengapit untuk majlis ini.

Lagu Bencinta ciptaan bersama Audi Mok dan Faizal Tahir sementara Nikki pula memberi tajuk kepada lagu ini. Kombinasi yang bagus sekali.

Image Hosted by ImageShack.us

Mari kita lihat pula kedudukan Faizal Tahir di carta muzik radio dan juga TV. Kalau ada lagu Faizal yang masuk carta yang tapi tiada di sini sila beritahu. Saya hanya dengar stesen radio di Kuala Lumpur sahaja.
Baca baki entri ini »

Reaksi artis terhadap kematian Michael Jackson

leave a comment »

Saya masih lagi rasa terkejut dengan berita pemergian Michael Jackson. Setiap kali melayari internet ataupun menonton televisio mesti terdapat berita mengenai Michael Jackson. Banyak lagi yang belum selesai. Jenazahnya pula belum dikebumikan lagi.

Image Hosted by ImageShack.us

Michael Jackson merupakan inspirasi bagi para artis yang menjadikan legenda pop ini sebagai sumber inspirasi. Dengan berita kematian bintang legenda pop Michael Jackson yang mengejutkan, ramai bintang terkenal Malaysia dan Korea berkongsi rasa sedih dan terharu di atas kehilangan tokoh legenda ini.
Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Jun 30, 2009 at 9:29 am

Faizal Tahir ada masalah rumahtangga?

leave a comment »

Semalam terkejut juga bila baca mengenai gosip ini. Ye, lah ape pun tak tiba-tiba ini pula yang berlaku. Setakat ini tiada respons dari Faizal Tahir. Eloklah senyap je dari buat kenyataan rasmi nanti boleh pula diputar-belitkan.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Jun 29, 2009 at 9:41 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Bio-Nik: Episod 6

with 2 comments

Makin lama makin lambat pula, saya nak letak entri baru mengenai drama ini. Sibuk sikit kebelakangan ini. Minggu lepas memang banyak aksi juga dipertontonkan. Banyak perkara yang tidak disangka berlaku. Saya ingat Johan ni insaf dan menjadi baik, rupanya sebaliknya pula dan seterusnya. Saya malas nak tengok balik di laman web TV3, kalau ada sebarang kekeliruan maaf dipinta.

Baca baki entri ini »

Carta K-Pop untuk minggu ke-4 Jun

leave a comment »

Minggu ini carta tidak banyak berubah. Terdapat lagu yang hanya berubah beberapa tempat sahaja dan satu lagu baru. Kita juga mempunyai juara baru carta. Tidak semestinya lagu yang berentak rancak atau pop sahaja menjadi pilihan. Lagu yang berunsurkan balada dan R&B juga turut digemari.

Baca baki entri ini »

Michael Jackson mati di hospital LA

with one comment

Setiap pagi saya mendengar stesen Hot FM dan terhibur dengan topik perbualan mereka pada setiap pagi. Topik pagi tadi ialah ‘Michael Jackson’. Menurut Fara Fauzana, Michael Jackson telah mati pagi tadi. Sepanjang perjalanan saya rasa tidak percaya.

Image Hosted by ImageShack.us

Kemudian, bilah saya bersarapan pagi dan melihat TV, barulah saya percaya. Saluran CNN juga menyiarkan berita dan perkembangan mengenai Michael Jackson.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Jun 26, 2009 at 9:22 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,