Langit Biru

Semua orang sudah tahu

P Ramlee dalam kenangan

leave a comment »

Hari Jumaat yang lalu bersamaan dengan 29 Mei genap 36 tahun Seniman Agung negara Tan Sri P Ramlee meninggal dunia. Bagi sesiapa yang tinggal di Malaysia dan tidak pernah mendengar lagu atau menonton filem lakonan dan arahan beliau tak tau lah nak cakap apa.

Image Hosted by ImageShack.us

Boleh dikatakan hampir setiap bulan ada filem lakonan atau arahan beliau akan disiarkan di TV tempatan. Kalau lagu-lagu tu tak payah cakap lah selalu diputarkan di radio.

Pada pagi Jumaat, Hot FM di bawah segmen AM Krew bersama dengan Fara Fauzana dan Faizal Ismail berbual mengenai P Ramlee. Mereka menerima panggilan dan SMS dari pendengar untuk berkongsi pengalaman dan kisah mengenai hasil karya P Ramlee yang menarik minat mereka. Memang kelakar lah, sebab ada dialog filem P Ramlee yang masih diingati.

Sebelah petang pula di Klasik Nasional FM ada satu segmen bersama dengan seniman veteran. Artis undangan ialah seniman Aziz Sattar dan mereka bercerita tentang P Ramlee. Kebanyakan cerita mengenai P Ramlee tidak pernah diceritakan sebelum ini. Aziz kini sedang menulis biografi untuk sahabat baiknya itu. Tapi segmen tu sekejap sahaja. Kenapa tidak dibuat satu jam, sebabkan ini ialah segmen istimewa.

Ini pula ialah video Getaran Jiwa yang dinyanyikan oleh Raymond Crooke dari Australia.

Written by Langit Biru

Jun 1, 2009 pada 9:02 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: