Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Geng: Pengembaraan Bermula

leave a comment »

Image Hosted by ImageShack.us

Inilah filem animasi pertama yang saya tonton di pawagam untuk tahun ini. Memang saya tak tinggal lah tengok kartun ini sepanjang bulan puasa yang lalu. Dari segi cerita dan animasi yang menarik dan tidak kaku serta suara latar belakang yang comel…. “Betul, betul, betul“. Memang sesuai ditonton oleh setiap peringkat umur.

Saya ingat lagi bila ingin membeli tiket untuk filem ini. Tempahan secara Internet dan telefon telah penuh untuk tayangan pada hari Sabtu. Dengan beraninya, saya dan kawan-kawan pergi ke panggung wayang untuk tayangan pertama dan kami bernasib baik kerana tiket masih ada tetapi kerusinya di bawah. Eloklah dari tiada kan.

Mesti semua dan tau jalan cerita filem ini kan. Tetapi ada juga lah perkara yang ingin saya komen.

1. Jalan cerita secara keseluruhannya kemas dan terjalin dengan baik.
2. Tunggu juga bila lah Upin dan Ipin ada adegan banyak dialog, asyik Rajoo saja. Bila tengok poster tu balik baru perasan “dengan penampilan istimewa Upin dan Ipin”, tapi ada kurang juga lah sebab watak budak perempuan Cina dengan lagi dua orang budak kampung tu tiada.
3. Semasa di dalam panggung wayang, ramai ibu bapa membawa anak-anak mereka. Mungkin sebab hari itu hujung minggu. Bayangkanlah kalau filem ini disiarkan sewaktu cuti sekolah. Lagi lah hebat.
4. Rupanya dalam filem ini juga terdapat adegan parody dari beberapa filem Hollywood. Terkejut juga saya bila melihat persamaan dalam adegan itu. Seperti semasa Singh memakai topeng raksasa itu dan mencari budak-budak ini di hutan hampir sama dengan adegan dalam ‘Lord of The Rings’. Kemudian ada juga adegan dari filem Harry Potter bila ibu Opet melawan raksasa lintah.
5. Disebabkan oleh adegan itu, terdapat kanak-kanak yang ketakutan dan menangis di dalam panggung wayang. Ini memang mengganggu mood saya dan rakan-rakan yang lain untuk menonton drama ini.
6. Sarikata bahasa Inggeris mudah difahami dan tepat. Tetapi kalau boleh letak juga lah sarikata semasa ayah Rajoo bercakap dalam bahasa Tamil bukannya setakat “rants in Tamil“. Kami pun nak tau juga apa yang ayah Rajoo tu cakap.
7. Suara latar untuk setiap watak memang sesuai lah. Bagus juga tidak menggunakan suara pelakon atau penyanyi yang terkenal. Sekurang-kurangnya kos untuk membayar mereka yang terkenal ini dapat dijimatkan kerana menggunakan staf yang sedia ada.
8. Lagi pun, ini membuktikan tanpa para selebriti yang terlibat juga filem ini boleh berjaya.
9. Tahniah diucapkan juga kerana filem ini mendapat kutipan yang tinggi. Kira boleh pusing modal lah tu.
10. Harap-harap filem animasi ini dibawa ke filem festival di seluruh dunia.

Saksikan trailer filem ini.

Written by Langit Biru

Jun 6, 2009 pada 9:52 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: