Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kemunculan god di Hollywood Bowl

leave a comment »

Kumpulan yang saya minati telah bergabung untuk membuat persembahan di Hollywood Bowl, Los Angeles pada 9 Mei 2009. Bila saya mengetahui tentang persembahan yang mereka buat membuatkan saya rasa terharu kerana saya begitu teringin untuk melihat mereka membuat persembahan sekali lagi.

Son Ho Young menjadi pengacara majlis untuk konsert kali ini dan juga membuat persembahan. Bila Kim Tae Woo diumumkan akan menghadiri konsert ini. Saya merasakan mereka akan membuat persembahan solo dan juga bersama. Saya juga mengharapkan yang Danny Ahn akan turut serta dan juga Park Joon Hyung memandangkan dia berada di California tetapi Danny Ahn sedang menjalani penggambaran drama.

Konsert bermula pada pukul 6.30 petang. Kim Tae Woo telah menyanyikan lagu kebangsaan Korea di awal konsert. Secara acapella atau pun tanpa iringan muzik. Suara dia memang jelas.


Selepas itu dia menyanyikan dua lagu iaitu Words I Have To Say dan I Love U Oh Thank U. Lihatlah sambutan penonton di semasa dia membuat persembahan.

Son Ho Young semasa dia menjadi pengacara. Comel tak. Walaupun dia boleh berbahasa Inggeris dengan baik tetapi sepanjang acara dia bercakap dalam bahasa Korea. Itu yang kelakar sebab konsert ini diadakan di Los Angeles dan separuh daripada penontong bukan berbahasa Korea.


Kemudian, dia juga membuat persembahan. Dia menyanyikan dua lagu dari album kedua dia. Lagu pertama ialah I Know dalam versi remix dan yang kedua ialah ‘The thought that makes me happy‘ dari album pertama. Rapper yang turut serta dalam kedua-dua persembahan ialah Isaac. Tiada sebarang maklumat lanjut diketahui. Tengoklah cermin mata dia yang menarik itu.


Seperti yang dijangka, Son Ho Young dan Kim Tae Woo menyanyi bersama. Sudah lama saya ingin menyaksikan persembahan ini. Mereka menyanyikan lagu-lagu god secara medley. Dimulakan dengan Bismillah To Mother yang dinyanyikan dalam R&B. Susunan asal lagu ini agak sedih kerana untuk ibu tetapi untuk konsert kali ini yang kebetulan jatuh kepada Hari Ibu mereka membuatkan lagu ini dalam bentuk rancak.


Kemudian, mereka meneruskan lagi dengan menyanyikan lagu Friday Night, One Candle dan 0%. Persembahan mereka yang bertenaga membuatkan semua penonton menyanyi dan menari bersama mereka. Dari komen mereka yang pergi ke konsert itu, persembahan mereka lah yang paling menyerlah sekali. Bagi mereka yang pertama kali mendengar nyanyian mereka juga merasakan kumpulan ini yang paling menarik sekali. Tetapi ada satu saat yang memang tidak dijangka sekali pun walaupun dari sudut kecil hati ini saya mengharapkan ia berlaku.

Park Joon Hyung pada masa itu memang telah berada di California kerana berehat setelah tamat promosi filemnya. Saya mengharapkan yang dia akan turut serta ke konsert ini tetapi bila melihat senarai akhir penyanyi tiada nama dia. Sesama lagu 0%, dia muncul dan ini membuatkan penonton bersorak kerana kejutan ini. Ini memang menjadi kejutan yang tidak tersangka.


Walaupun, ini semua hanya melalui kamera penonton tetapi saya berasa puas melihat persembahan mereka. Saya berharap mereka akan terus bersama. Walaupun Danny Ahn tidak dapat bersama tetapi ini sudah cukup bagi peminat untuk menyaksikan ini. Oh, sila klik gambar untuk saiz asal.

Written by Langit Biru

Jun 10, 2009 pada 10:33 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: