Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Bio-Nik: Episod 4

leave a comment »

Saya nak tulis mengenai episod yang telah lalu. Tapi asyik terlupa. Saya tengok drama ni tapi asyik tak sempat nak buat review je. Kiranya  ini untuk dua episod sekali lah ni.

Saya nak tau kedudukan drama ini pada setiap waktu disiarkan. Tapi kalau ikut yang selalunya. Kedudukan rancangan akan diumumkan dua kali setahun. Takkan lah tak boleh nak umumkan secara harian kot.  Mungkin saya sudah terbiasa dengan hiburan Korea yang mengumumkan kedudukan rancangan pada setiap hari.

Ini ialah trailer drama ini.

Kali ini lebih menumpukan pergaulan Nik di kolej. Dia bertemu rakan baru dan juga seorang wanita yang membuatkan dia bingung. Hari pertama di kolej, terdapat situasi berlaku. Dia mengalami masalah frekuensi pendengaran dan bertemu dengan watak-watak lain yang akan menjadi kawan dan lawan kepada Nik.

Pada awal cerita dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru iaitu kolej dan juga keadaan dirinya. Dia mengalami sakit kepala tetapi nasib baik lah ada orang yang memahami. Watak budak kolej yang nakal, anak orang kaya, budak pandai dan macam-macam lagi ada. Tapi saya rasa pakaian pelakon dalam drama ni lebih sikit. Nampak lagi hebat berbanding dengan pelajar atau pelakon tambahan dalam drama itu. Sekurangnya masih lagi mematuhi sahsiah rupa diri.

Setelah beberapa ketika Nik mendapat dua orang kawan. Mula-mula memang macam poyo je. Tapi ok lah. Tak sangka pula yang seorang tu hebat orangnya dalam bidang sains. Bukan apa pakaian gaya hip hop tetapi…

Minggu lepas mereka telah diberikan tugasan secara berkumpulan untuk mereka suatu alat. Nik dan kawan-kawannya telah mereka sarung tangan hi-tech. Bersungguh lah mereka berbincang, mencari idea dan menyiapkan alat tersebut. Proposal yang dihantar kepada pengetua mendapat kelulusan.

Kumpulan yang dianggotai oleh samseng kolej pula. Saya lupa nama watak ini. telah menbuat alat untuk meningkatkan kepintaran otak. Memang agak bahaya. Seorang budak ‘nerd’ yang dibuli oleh dia di awal episod menyertai kumpulan ini. OK. Tapi kenapa pelajar perempuan tiada alat untuk dicipta. Bukan ke mereka satu kelas.

Lepas tu, ingat lagi gambar Nik telah diambil semasa dia menolong kes ragut di dalam Ep. 2. Gambar tersebut telah sampai ke pihak akhbar dan kini mereka ingin mencari siapakah pemuda di dalam gambar itu. Di pejabat, seorang wartawan baru diberi tugas untuk membuat liputan akhbar untuk ekspo sains yang diadakan di kolej Nik. Dengan berat hati dia pergi ke kolej Nik.

Pameran telah bermula di mana para pelajar mempamerkan dan membuat demonstrasi terhadap produk yang direka. Agak meriah juga lah. Rekaan Nik dan rakan-rakan juga mendapat perhatian. Setelah itu, kumpulan yang lagi satu tu juga mendapat perhatian dan mereka ingin membuat demonstrasi. Oleh itu, mereka telah memilih gadis yang menjadi pujaan Nik untuk menjadi model. Nik mengesan sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap gadis itu dan kemudian sepantas kilat dia menyelamatkan gadis itu. Perkara ini diperhatikan dari atas oleh pengetua. Wartawan itu juga dapat mengesan sesuatu yang berlaku. Nik telah pengsan dan dia dihantar pulang ke rumah oleh kawan-kawannya.

Sampai di rumah, ayah Nik terus memberi rawatan terhadap Nik. Terkejut mereka apabila melihat badan Nik dipenuhi dengan besi dan dawai dan mereka ingin mengesan jika ayah Nik juga serupa dengan Nik. Lawak betul. Setelah rawatan, ayah Nik menceritakan perkara sebenar kepada mereka.

Kemudian, pelajar yang merekacipta alat untuk menambah kepintaran rasa kecewa kerana rekaannya gagal dan berada di makmal untuk melakukan ujikaji. Pengetua tiba di makmal dan telah memberi dia satu tugasan yang baru dan menasihatkan agar lebih berhati-hati di masa akan datang.

Written by Langit Biru

Jun 12, 2009 pada 2:03 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: