Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Absolute Boyfriend di 8TV

leave a comment »

Image Hosted by ImageShack.us

Drama ini telah mula ditayangkan di 8TV sejak 7 Jun 2009, setiap hari Ahad pada pukul 3 petang. Drama ini adaptasi dari manga Zettai Kareshi (terjemahan asal).

Saya telah membaca manga ini pada tahun lepas dan suka pada manga ini.

Sejak tahun lepas lagi saya tahu mengenai drama ini tapi tak pernah nak tengok lagi. Ahad lepas bila tengah tukar-tukar saluran, saya tertengok drama ini. Tapi terlepas 20 minit pertama. Gembira-nya saya.

OK. Drama ini memang berbeza sekali dengan manga kerana dalam manga latar belakang cerita ialah sekolah dan remaja tetapi drama pula mereka menjadi dewasa dan di pejabat.

Sinopsis:

Pembuat robot, Kronos Heaven, akhirnya siap membina “Night Tenjo” iaitu robot humanoid lelaki sempurna yang diprogram untuk taat dan setia sepenuhnya kepada kekasih. Syarikat ini telah memilih Izawa Riko seorang pekerja sementara untuk mengambil bahagian dalam sesi percubaan percuma selama 5 hari.

Pada mulanya Riko hanya menganggap Night sebagai alat perkakasan rumah. Tetapi bila dia mendapat tahu bagaimana Night setia terhadap dia, Riko menyedari yang dia telah jatuh cinta kepada Night. Turut serta dalam cinta tiga segi ini ialah Asamoto Soshi, seorang eksekutif muda yang cemerlang di dalam syarikat yang ada perasaan kepada dia.

Huh, penat betul nak buat terjemahan ni. Dalam 2 episod yang lalu, Night telah tiba di ruma Riko dan macam-macam telah berlaku. Disebabkan Night telah diprogram mengikut kehendak Riko, dia cuba untuk melakukan yang terbaik tetapi ini disalah faham oleh Riko. Night menolong Riko semasa dia mengalami masalah di tempat kerja dan ini membuatkan Riko terharu.

Kemudian, Riko telah membeli Night selepas tempoh percubaan tetapi dia terkejut apabila mendengar harga yang perlu dibayar. Pelbagai pekerjaan dilakukan oleh Riko untuk mengumpul wang dan ini menimbulkan rasa curiga kepada Night kerana dia menghilangkan diri. Di tempat kerja pula, semua orang kecoh mengenai teman lelaki Riko kerana Night begitu kacak sekali.

Setelah Night mengetahui yang Riko mencari wang dia turut membantu tanpa disedari oleh Riko. Night tidak berada di rumah apabila Riko pulang dan ini membuatkan Riko risau. Rupa-rupanya Night bekerja mencari wang di tempat pembinaan sehingga lah sebagai pengangkut barang. Disebabkan Night mempunyai fizikal yang kuat dia mampu untuk menyelesaikan tugas dengan mudah dan ini disenangi oleh majikannya dan memberikan upah yang lebih.

Night sedang bekerja ketika baterinya mula lemah dan dia perlu mengecas semula. Nasib baiklah Riko sedang berjalan berhampiran kilang itu dan perasan akan Night. Dia segera melindungi Night yang duduk kerana penyelia telah tiba. Riko menyatakan Night di tandas dan dia akan menolong Night. Setelah Night mengecas, mereka berdua menyelesaikan tugas tersebut.

Penyelia berpuas hati dan memberikan sedikit wang tambahan kepada Night. Wang yang diperlukan sudah mencukupi. Di rumah, Riko sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk membuat cream puff yang diminta oleh ketuanya. Dia sengaja menyibukkan dirinya agar tidak terlalu memikirkan Night yang akan dipulangkan kelak.

Selepas itu Night pula menyiapkan makan tengah hari untuk mereka berdua dan Riko terpaksa keluar untuk berjumpa dengan ketuanya. Dia juga menyerahkan baki wang kepada Night untuk diberikan kepada jurujual Heaven. Dia segera lari agar tidak berasa sedih. Di pejabat, dia membuat cream puff dan ketuanya terkenang kembali kenangan bersama datuknya.

Tetapi tidak lama kemudian, Riko teringat kepada Night dan segera berlari pulang untuk bertemu Night. Tetapi dia terlepas beberapa minit. Lantas dia mengejar jip yang dinaiki oleh Night dan sempat menahannya. Riko berkata yang dia ingin memiliki Night dan akhirnya Night menjadi milik Riko.

Komen:
* Drama ini comel sangat. Hu hu hu, kalau lah wujud syarikat ini. Memang saya lah akan menempah Night dahulu… Ha ha ha….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: