Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Matahari: Episod 44 Akhir

with 2 comments

Tamat sudah drama bersiri Matahari. Saya tak tengok semua episod. Ada juga yang tertinggal tetapi saya masih dapat memahami jalan cerita drama ini. Saya hampir tak tertengok episod ini sebab penat sangat dan mengantuk. Tapi saya cuba juga tahan mata nak tengok sebab nak tahu kesudahan drama ini. Adakah Ariana akan hidup bahagia atau sebaliknya.

Bila saya lihat kembali senarai pelakon ada nama Syukery Hashim. Saya tak ingat dia muncul dalam adegan yang mana satu. Adakah di awal drama?

Entri saya yang pertama mengenai drama ini mendapat hits yang paling tinggi untuk blog ini. Tapi lagi elok jika ada yang baca entri lain dan juga tinggalkan komen. Mula-mula tu hairan juga kenapa banyak kata kunci mencari blog ini ialah episod akhir matahari dalam minggu lepas. Eh, pelik jugakan. Rupanya hari Khamis lepas memang episod akhir. Sebelum tu saya terlepas tengok. Tertidur elok jer lepas pukul 6.


Episod 44: Akhir

Ariana di dalam kereta dan dia ternampak Ikmal sedang berjalan kaki. Lalu, Ariana melanggar Ikmal dan dia terjatuh ke dalam semak di tebing sungai. Ariana rasa bimbang dan cuba mencari Ikmal tetapi tidak jumpa. Ariana juga telah berubah imej. Memakai cermin mata gelap dan berselendang seolah-olah ingin melarikan diri dari sesuatu.

Mark meminta maaf kepada ayahnya kerana terpedaya dengan sikap Ariana yang menggoda itu. Dia bertanyakan keadaan Ariana. Ariana masih tidak dapat ditemui dan kini menjadi buruan polis kerana atas kesalahan membunuh.

Di kampung, Ariana berjalan dan melalui rumah Ikmal. Tiada apa yang berlaku. Kemudian, dalam perjalanan pulang dia bertemu dengan seorang pemuda yang mengenali dia. Rupanya itu ialah abang ipar Ariana. Dia membawa Ariana pulang ke rumah nya dan berjumpa dengan kakak Ariana yang telah lama tidak bertemu. Memang sedih juga lah. Arisa telah menceritakan apa yang berlaku kepadanya setelah dia berkahwin dan pindah dari kampung. Arisa telah mengalami kecederaan dan lumpuh serta suaminya juga telah meninggal di tempat kejadian. Kemudia dia berjumpa dengan suaminya sekarang dan mereka mempunyai anak yang baru lahir.

Suami Arisa memberitahu perkara sebenar mengenai Ariana kepada Arisa dan dia rasa terkejut dan tidak percaya. Orang kampung semua telah mengetahui cerita tersebut. Ariana meminta maaf kepada Arisa mengenai apa yang berlaku dan menyatakan semua yang berlaku itu kerana cinta nya kepada Ikmal.

Di rumah Mark, ayah dia menyuruh Mark mengikut dia ke pejabat dan bekerja bersama dengan dia kerana dia ingin bersara dan kembali semula kepada ibu Mark. Mark rasa gembira mendengar berita itu.

Ikmal tidak mati tetapi hidup dan kini menginap di rumah Mark. Macam mana mereka bertemu atau Ikmal diselamatkan masih misteri. Tetapi Ikmal telah buta. Entah macam mana Ariana tiba di rumah itu dan ternampak keadaan Ikmal. Dia menyelinap masuk ke bilik dia dan ini disedari oleh ayah Mark.

Saya lupa macam mana Ariana ditemui oleh polis. Adakah dia menyerah diri atau ada helah yang dibuat oleh orang lain terhadap nya. Tapi dia menyerah diri kepada polis bukan. Ariana menyerah diri dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Setelah keluar dari mahkamah, Ariana berjumpa dengan suaminya dan meminta agar matanya diberikan kepada Ikmal setelah dia tiada. Habis macam tu je dan beberapa ketika kemudian, Ikmal kembali melihat setelah menerima mata dari Ariana.

Komen saya:
* Bukan ke kalau menyerah diri, hukuman ringan sikit atau takkan tak nak buat rayuan langsung. Mungkin penjara seumur hidup.
* Ada setengah plot yang agak meleret sikit terutama di awal cerita tetapi bila sampai ke penghujung agak cepat.
* Hampir semua watak lelaki dalam drama ini mati.

2 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. mana pergi ayah tiri dia. kadangkala menyampah dengan lakonan dia sebagai budak kpg yang tak sedar diri

    norzianah nayan

    Jun 16, 2009 at 8:06 am

  2. suka dialog Fahrin utk Matahari kat last episode… sapa yg dpt salin bait2 ayat tu, plsss send kat saya….

    fendy ismail

    Jun 17, 2009 at 11:57 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: