Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kedudukan Faizal Tahir di carta untuk minggu 2 Jun

leave a comment »

Minggu ini pelbagai perkara menarik berlaku. Begitu juga dengan kedudukan Faizal Tahir di carta muzik tempatan. Seperti minggu lepas, saya tidak sempat mendengar keputusan carta di radio tetapi saya menonton Muzik Muzik.

Buat masa ini saya hanya mampu untuk mengundi melalui internet sahaja. Undian SMS terpaksalah dihentikan seketika atau pun jika saya berkesempatan menggunakan telefon bimbit ibu saya. :)

Lagu Bencinta masih di dalam tiga carta. Kalau lagu ini telah masuk dalam carta radio yang lain. Nanti akan saya sertakan juga.


Laman web untuk carta gua.com.my dan Hot FM dikemaskini dengan segera berbanding Suria FM. Elok sekiranya carta di kemaskini sebaik sahaja siaran di radio atau pun pada pagi Isnin.

* Carta Suria 30 [13 Jun 2009]
Kedudukan Bencinta masih tidak berubah iaitu di tangga ke-12 sama seperti minggu lepas. Ya, saya tahu saya tidak mengundi untuk carta ini tapi kenapa masih sama. Tak tahu lah, mereka tak perasan ke atau apa tapi masih lagi berlaku perkara yang sama. Perasan tak tajuk lagu ‘Luka’ di kategori mana.
Image Hosted by ImageShack.us
Misteri lagi satu kalau berdasarkan carta minggu ini Faizal Tahir sudah masuk minggu ke tujuh tapi kenapa di carta ditulis enam. Misteri misteri. Mungkin ini salah satu sebab kenapa kurang pengundi kot.

Untuk mengundi Faizal Tahir taipkan SURIA S30 12 hantar ke 33511. Takpe mari kita tinggalkan carta Suria FM yang misteri.

* Muzik Muzik [13 Jun 2009]
Masih lagi kekal di tangga juara untuk minggu yang kelima. Memang satu pencapaian. Harap-harap dapat pecahkan rekod seorang penyanyi tu. Ini memang saya undi sekali sehari. Maaf, lah tetapi carta ini lagi penting.
Image Hosted by ImageShack.us
Untuk mengundi : Taip MM B413 hantar ke 33399

* Carta HotFM 30 [14 Jun 2009]
Setelah beberapa lama, lagu ini menjadi juara di HotFM untuk kali yang pertama pada minggu ini. Lama dah masuk carta tapi baru kali ni dapat juara. Saya yang hari-hari undi ni. Nasib baik saya ni jujur orangnya tak guna pelbagai emel yang ada. Hanya satu emel untuk satu undi. Oleh sebab itu faham-faham sendiri lah ye.
Perasan tak, terdapat ada satu lagi lagu Faizal Tahir di dalam kotak undi iaitu lagu Kerna Kamu. Pilih lah yang mana satu nak undi.
Image Hosted by ImageShack.us
Untuk mengundi : Klik sini.

Lagu dari Afgan – Entah. Saya suka suara dia. Tak padan dengan umur. Tiada video klip rasmi untuk lagu ini ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: