Langit Biru

Semua orang sudah tahu

The Slingshot di KBS World

leave a comment »

Inilah drama Korea yang saya tonton sekarang di KBS World saluran 303 Astro. Tajuk di KBS World ialah The Slingshot tapi terjemahan yang tepat ialah Story of a Man. Jangan bimbang ada sarikata dalam bahasa Inggeris dan dalam 20 episod. Sudah lama saya tak tengok drama Korea di dalam bahasa Korea. Yang ada sekarang di TV pun dialih bahasa ke bahasa Mandarin.

Saya mula tengok dari episod pertama pun secara kebetulan selepas bertukar-tukar siaran di tv. Waktu siaran ialah hari Isnin dan Selasa pada pukul 9 malam dan ulangan pada pukul 2.10 pagi. Hari Ahad juga ada ulangan siaran untuk 2 episod sekaligus pada pukul 11.10 pagi waktu Malaysia.

Tema drama berkisar kepada dunia korporat dan golongan biasa dan ada adegan romantik sikit. Drama di KBS World lewat tiga minggu dari tayangan di Korea. Kalau tak salah sayalah. Kira ni drama waktu perdana lah.


Ini ialah ‘teaser’ untuk drama ini.

Sinopsis:
Kim Shin (Park Yong Ha) meminjam duit dari peminjam wang haram dan meletakkan dirinya sebaga jaminan. Dia memerlukan duit untuk melindungi keluarganya setelah abangnya membunuh diri akibat dituduh kerana membuat makanan yang telah tercemar. Untuk melarikan diri dari peminjam wang dia telah pergi ke stesen tv tempatan untuk mencari wartawan yang telah membuat tuduhan itu. Akhirnya dia dipenjarakan atas tuduhan percubaan membunuh dan dipenjarakan. Ahli keluarganya terpaksa memutuskan hubungan dengan dia dan mereka melarikan diri ke kampung. Ini juga bermakna yang dia terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Kyung Ah (Park Si Yeon), gadis yang dicintai.

Di penjara, Kim mendapat tahu bahawa Chae Do Woo (Kim Kang Woo) dari Kumpulan Chaedong yang terlibat secara langsung dalam skandal makanan tercemar. Bersama dengan banduan yang mempunyai pelbagai kisah, dia bertukar menjadi seorang yang bijak dalam menguruskan wang. Kim juga belajar bagaimana untuk membuat duit dan hidup berlandaskan duit. Sementara itu, Kyung Ah terlibat dalam urusniaga gelap demi menolong Kim, dia juga bertemu dengan Chae Do Woo.

Melalui seorang banduan An Kyung Tae (Park Ki Woong), Kim berkawan dengan Park Moon Ho dari kafe muzik “Muse”. Dengan lagi seorang pemuda, Do Jae Myung (Lee Philip), Kim membentuk kumpulan impian yang terdiri daripada empat orang untuk memusnahkan Chae dalam dunia kewangan yang sengit. Jumlah simpanan mereka secara keseluruhan berjumlah 100 juta won (RM 280,773.268), mereka bergabung untuk menghadapi Kumpulan Chaedong dan Chae Do Woo yang bernilai 400 juta won (RM 1,123,093.07). Perang telah bermula.

Komen:
* Drama ini menarik sebab jalan cerita baru. Terdapat juga sedikit adegan lawak dan romantik.
* Syot kamera yang menarik bagi sesetengah adegan. Kena tengok lah kalau nak tau.
* Satu drama yang istimewa. Lakonan yang mantap, arahan yang padu dan jalan cerita yang padat serta muzik latar belakang yang menarik.

Written by Langit Biru

Jun 16, 2009 pada 7:03 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: