Langit Biru

Semua orang sudah tahu

1 Night 2 Days di KBS World

leave a comment »

Rancangan hiburan kegemaran saya sekarang ialah 1 Night 2 Days atau EelBak EeEel! dalam bahasa Korea. Setiap episod memang kelakar dan sesuai untuk sesiapa yang memerlukan gelak ketawa.

Program ini ialah realiti TV, pengembaraan dan juga permainan. Sejak ada rancangan ini di KB World dengan sari kata Inggeris membuatkan saya tidak mahu melepaskan menonton program ini. Walaupun di KBS World, penyuntingan akan berlaku kerana disesuaikan untuk waktu siaran.

Waktu siaran ialah pada Selasa 23:20 dan Khamis 17:00 di KBS World saluran 303 ASTRO.

Sinopsis:
MC Kang Ho Dong dan lima orang kawan-kawannya melakukan pengembaraan yang memberikan kenangan ke seluruh Korea. Rancangan ini mengambil tempat di tempat semulajadi berbanding di studio rakaman. Mereka mengembara ke kawasan desa, perkampungan nelayan dan juga pergunungan. Di sana, mereka disambut dengan senyuman mesra penduduk tempatan dan keindahan alam yang menyegarkan mata. Kang Ho Dong, Kim C, Lee Su Geun, Eun Jiwon, Lee Seung Gi dan MC Mong akan menunjukkan anda setiap detik bersama mereka selama 1 malam, 2 hari dari detik pertama.

Tapi itu semua tidak lengkap jika tiada sebarang aktiviti dilakukan. Setiap tempat mereka akan bermain permainan yang akan menentukan siapa yang dapat makan malam yang enak, siapa yang akan bekerja keras dan tempat tidur yang selesa.

Image Hosted by ImageShack.us

Lee Seung Gi, MC Mong, Kang Ho Dong, Lee Su Geun, Kim C dan Eun Ji Won

Mereka ini ialah Kang Ho Dong yang juga MC untuk rancangan ini, Lee Su Geun seorang MC dan pelawak, Kim C (penyanyi kumpulan indie), Eun Ji Won (penyanyi), MC Mong (penyanyi hip hop) dan Lee Seung Gi (penyanyi) dan juga anjing bernama Sang Geun.

Setiap minggu saya tak sabar nak tau mereka akan pergi mana dan akan lakukan apa. Setiap apa yang mereka lakukan dan bincangkan memang itulah realitinya. Kalau mereka tak dapat makan untuk malam itu, laparlah mereka atau pun kena tidur di khemah dalam cuaca yang sejuk.

Written by Langit Biru

Jun 17, 2009 pada 8:22 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: