Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Mari rock bersama Ladylike

leave a comment »

Seingat saya pada tahun ini ada satu rancangan di TV menceritakan tentang perkembangan kumpulan ini. Ada tunjuk sesi penggambaran muzik video, temuramah dan sebagainya. Teruja juga, mana taknya ini kumpulan wanita dari luar negara tetapi membuat rakaman, penggambaran dan segala berkaitan tentang muzik di Kuala Lumpur.

Diperkenalkan kumpulan Ladylike oleh KRU Studios. Ye, betul tak tipu. Artis antarabangsa oleh KRU Studios. Banyak dah media tempatan membuat laporan tentang kumpulan ini sejak tahun lepas. Saya pun dah tau lama. Cuma baru sekarang nak tulis sedikit.

Kumpulan penyanyi vokal wanita dari Sweden seramai empat orang ini akan menyanyi dalam bahasa Inggeris dan mempunyai imej rock yang unik. Mereka terdiri daripada Isabelle, Louise, Miranda dan Valerie dan berumur sekitar 20-an.

Dalam album pertama mereka mempunyai sepuluh buah lagu dan terdapat dua lagu asal dari Indonesia iaitu lagu “Shooting Star” dari lagu hit Indonesia “Rahsia Perempuan” oleh Ari Lasso. Seterusnya ialah lagu ”Dreaming of Time” ialah lagu asal Teman Tapi Mesra oleh Ratu yang disusun semula oleh Edry.

Sedutan muzik video “Dreaming of Time”. Tapi mengingatkan saya kepada filem Hindustan.

Lagu yang akan menjadi single ialah “Sick”. Memang terdapat sentuhan KRU yang ketara. Saksikan sedutan muzik video.

Ini ialah myspace mereka ladylikemusic. Boleh dengar sedutan lagu mereka yang lain di situ. Setakat ini saya suka dengan apa yang saya dengar dan lihat. Harap-harap lagu-lagu mereka akan masuk ke radio tempatan dan bolehlah saya membuat permintaan atau menghantar undian.

Written by Langit Biru

Jun 21, 2009 pada 3:16 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: