Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Bio-Nik: Episod 5

with one comment

Episod kali ni penuh dengan aksi tapi mungkin tidak dan juga ada adegan romantik antara pelakon. Siap ada teori yang berbeza sekali. Lepas tu, saya baca di suratkhabar yang drama ini telah mencapai 3.3 juta penonton untuk 3 episod yang pertama. Tahniah diucapkan.

Minggu ni, masih berkisar di kolej. Nik dan Johan sungguh mantap sekali. Ada adegan yang menarik sekali. Apakah itu? Masa tengok drama ni memang gelak aje.

Episod 5
Nik dirawat oleh ayahnya. Kemudian, dia terkejut dengan kehadiran kawan-kawannya dan dia hilang kawalan seketika. Selepas berehat seketika, dia kembali tenang dan meminta maaf kepada mereka dan berkata yang dia bukan seperti mereka. Tetapi kawan-kawannya memberi semangat dan sokongan kepada Nik. Mereka sedia membantu jika Nik memerlukan bantuan.

Lupa pula, badan Nik sungguh mantap sekali. Walaupun disaluti dengan minyak dan sebagainya. Dia tidak berbaju ketika dirawat oleh ayahnya.

Keesokan harinya, Nik dan rakan-rakannya berada di kolej. Mereka melalui gelanggang bola keranjang dan melihat Johan sedang bermain, Aina juga berada di tepi gelanggang dan memberi sokongan kepada Johan. Nik berasa cemburu melihat kemesraan mereka. Di kafe, Nik mendapat nota dari Aina untuk berjumpa.

Nik pun pergi untuk berjumpa dengan Aina. Aina bertanya kenapa Nik tidak membalas panggilannya di waktu pagi. Nik memberi alasan yang dia tidak mendengarnya (padahal dia mendengar dengan jelas dan terang). Aina menceritakan yang dia hanya berkawan sahaja dan tidak lebih dari itu. Perlakuan yang mesra itu hanya setakat kawan sahaja. Nik berkata yang itu bukan perlakuan kawan tetapi lebih dari itu. Aina bertanyakan adakah Nik sebenarnya yang menyelamatkan Aina. Tetapi Nik menjawab bukan dia tetapi Johan. Kemudian Nik pergi dari situ.

Lepas tu di makmal, pelajar yang pintar tu (saya asyik lupa je nama watak ni) menyiapkan ujikaji dan kemudian minum/melakukan sesuatu kepada badannya. Setelah terjaga dari pengsan, dia menggoyangkan tangannya dan api keluar dari tangan. OK, macam Pyro dari X-Man. Nampak macam dia gembira dengan hasil kerjanya itu.

Johan bersenam di gim dan diperhatikan oleh pasukan sorak yang turut berada di sana. Selesai sudah, dia ke bilik lokar untuk membersihkan diri. Kemudian dia masuk ke bilik mandi tanpa menyedari yang pelajar yang pintar tu turut berada di sana. Hanya Johan dan dia sahaja yang berada di sana.

Kenapa pula ada adegan mandi? Mestilah suka kan. Huuh, dua adegan panas dalam satu jam. Pergh…

Pelajar yang pintar itu kemudian menggunakan kuasa api dia dengan memanaskan paip air yang menyambungkan ke bilik mandi Johan. Johan terkena air panas itu dan segera membuka pintu tapi dia terpengsan. Pelajar yang pintar itu lari ketakutan dan bertembung dengan pengetua yang kebetulan lalu di koridor itu. Pengetua menyuruh dia pulang ke makmal dan menyelesaikan benda di makmal. Dia akan menyelesaikan masalah Johan. Kemudian, dia bertukar menjadi orang lain. Apa!?

Wanita yang tidak dikenali itu menjerit meminta pertolongan di luar bilik lokar. Nik sedang berjalan di koridor bila dia bertembung dengan pelajar yang pintar itu dan bertanya kenapa dia seperti tidak sihat dan terpegang tangannya yang panas itu. Pelajar yang pintar itu tidak berkata apa-apa dan pergi dari situ.

Nik mendengar jeritan wanita tersebut dan segera melihat yang Johan telah pengsan dan lalu membawanya pergi untuk mendapatkan bantuan. Setelah Nik pergi, dia kembali bertukar kepada pengetua dan segera pergi ke makmal. Di makmal, pengetua menjelaskan bahawa pelajar yang pintar itu tidak boleh mencampur aduk masalah peribadi dengan misi mereka. Rupanya mereka saling mengenali dan pengetua bertanyakan mengenai serum yang sedang dikaji. Pelajar yang pintar itu berkata mengikut perancangan.

Komen:
Saya tahu ada lagi yang tertinggal. Tapi apakan daya tak mampu nak taip semua.
* Teori ini diberikan oleh adik saya kenapa Nik cemburu terhadap Johan. Sebenarnya Nik yang minat kepada Johan dan dia cemburu kerana Aina yang rapat pula dengan Johan. Lihatlah aksi mesra mereka semasa Nik mengangkat Johan di bilik air. (Ini hanyalah gurauan sahaja, tapi harap ada lagi).
* Dialog rojak antara kawan-kawan Nik amat runsing sekali didengar. Rasanya macam nak tekan butang senyap je apabila mereka bercakap.

Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. kamal adli apakhabar dan semuasekali

    salahuddin sam2

    Julai 4, 2009 at 11:53 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: