Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu ke-3 Jun

leave a comment »

Mulai minggu ini, saya akan berkongsi carta mingguan lagu Korea di sini. Lagu-lagu ini terkini dan sedang popular di Korea buat masa ini. Ini bukan pilihan saya tapi diambil dari beberapa gabungan carta yang lain.

Saya tidak akan berkongsi pautan muat turun untuk untuk sebarang lagu kerana saya pun tidak memuat turun. Hanya mendengar dari Youtube sahaja.

Sila nyatakan format mana yang lebih selesa. Youtube atau saya buat senarai lagu dalam Imeem.

1. Super Junior – 너라고 (It’s You)
Genre: Pop / Dance
Muzik + Lirik: E-Tribe
Album: Super Junior Vol. 3 Version C Trek 3
Lihat: Video Muzik
Komen: Super Junior telah menjadi juara carta untuk beberapa minggu dengan “It’s You”. Mereka antara beberapa artis dalam tahun 2009 yang mempunyai dual lagu di kedudukan pertama. Lagu ini dari versi C album ketiga mereka yang mempunyai empat lagu baru termasuk lagu ini. Lagu ini ditulis oleh E-Tribe.  “It’s You” lebih lunak dan berunsurkan pop.

2. V.O.S – 큰일이다 (Big Trouble)
Genre: R&B Balada
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: Kang Eun Kyung
Album: V.O.S Vol. 3.5 Trek 1
Lihat: Video Muzik
Komen:  Kumpulan trio ini kembali dengan album 3.5 mereka Routine Free. Lagu ini dicipta oleh pencipta lagu-lagu popular Korea, Cho Young Soo,  dan ditulis oleh Kang Eun Kyung. Lirik lagu ini akan membuatkan para pendengar menangis. Lagu ini menceritakan cinta di satu pihak dan kesedihan dan kegelisahan yang dialami apabila seseorang itu tidak dapat meluahkan isi hatinya.

3. SHINee – 줄리엣 (Juliette)
Genre: Pop / Dance
Album: SHINee album-mini kedua “Romeo” Trak 2
Lihat: Video Muzik
Komen: SHINee ialah kumpulan baru popular pada tahun lepas kini kembali dengan album mini kedua. Single terbaru mereka “Juliette” mula popular.

4. See Ya, Davichi dan Ji-Yeon (T-Ara) – 여성시대 (Women’s Generation)
Genre: Pop / Dance
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: K. Smith
Album: See Ya, Davichi & T-ara Single digital “Women’s Generation” Trek 1
Lihat: Video Muzik
Komen: Ahli kumpulan dari tiga kumpulan perempuan MNet Entertainment bergabung dalam single projek ini. Lagu yang bertajuk “Women’s Generation” ini berunsurkan pop/dance dengan sedikit pengaruh muzik trot. Ahli kumpulan baru T-Ara, Ji-Yeon menyertai See Ya dan Davichi dalam kolaborasi ini.

5. 2NE1 – Fire
Genre: Hip-hop / R&B / Dance
Muzik + Lirik: Teddy
Album: Trek 1 2NE1 single digital “Fire”
Lihat: Video Muzik (Versi Space) Video Muzik (Versi Street)
Komen: Lagu hip hop ini menjadi trek pertama untuk abum single debut 2NE1. Dicipta oleh Teddy bekas ahli 1TYM yang menampilkan muzik reggae Afrika menerusi alat perkusi. Kumpulan perempuan ini menampilkan muzik yang menjadi identiti berbeza dengan kumpulan yang lain dan menunjukkan kebolehan vokal setiap ahli.

6. Koyote – 넌센스 (Nonsense)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Kim Do Hoon / Lirik: Kim Se Jin
Album: Trek 3 Koyote Vol. 10
Lihat: Video Muzik
Komen: Koyote, salah satu kumpulan yang terkenal dengan tema pop dance kini kembali dengan album kesepuluh mereka tanpa Kim Jong Min yang tidak dapat serta kerana dalam program khidmat negara. Telah tiga tahun berlalu selepas album mereka yang terakhir. Trek utama ‘Nonsense’ dicipta ialah Kim Do Hun dan Kim Se Jin. Trek ‘dance’ ini menggabungkan irama ‘house’ gaya 80-an dan menggabungkan muzik terkini sintisizer.

7. SG Wannabe (feat. Yurisangja Baek Seung Hwa) – 사랑해 (I Love You)
Genre: Folk Ballad
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: Ahn Young Min
Album: Trek 1 SG Wannabe Vol. 6
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu ini merupakan lagu baru dari album keenam SG Wannabe yang berjudul “Gift From SG WANNABE”. Komposer Cho Young-soo, yang telah lama menghasilkan lagu untuk kumpulan ini mencipta lagu yang berunsurkan Simon & Garfunkel gaya, dimana menampilkan harmoni yang indah. Muzik video ini menceritakan satu kisah cinta yang sedih di antara pasangan kekasih.

8. Lee Seung Chul – 손톱이 빠져서 (My Nails Came Off)
Genre
: Balada Rock
Album: Trek 1  Lee Seung Chul Vol. 10
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu ini dari album kesepuluh beliau yang berjudul Mutopia. Dari gabungan dua ayat iaitu “music” dan “utopia” untuk menunjukkan kepada peminat sepanjang perjalanan karier seninya. Lagu ini dicipta oleh Jun Hae Sung dan berunsur rock dan vokal Lee Seung Chul yang unik.

9. Chae Yeon – 흔들려 (Shake)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 Chae Yeon mini-album “Shake”
Lihat: Video Muzik
Komen: Setelah setahun lebih menyepikan diri kini diva seksi Chae Yeon kembali dengan album mini baru dengan lagu “Shake”. DJ Koo dari Clon telah membuat 2 remix untuk lagu ini.

10. 2PM – Again & Again
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Park Jin Young
Album: Trek 2 2PM single album “2:00PM Time For Change”
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu ini menampilkan melody yang indah dan irama yang kena dengan gaya menari 2PM. Lagu ini mengisahjan bagaimana seorang lelaki pulang kepada kekasihnya kerana masih lagi sayang. Video muzik juga menunjukkan kebolehan 2PM dan perubahan yang berlaku kepada setiap ahli kumpulan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: