Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Konsert Inspirasi di TV3

leave a comment »

Selamat Ulang Tahun ke-25 kepada TV3. Saya akui saya membesar bersama dengan program-program dari stesen tv ini. Sabtu lepas merupakan kemuncak acara sambutan dengan Konsert Inspirasi di Dataran Merdeka. Bukan taknak pergi tapi…

Konsert ini diadakan untuk menghargai sokongan penonton terhadap TV3 selama ini. Sejak dari petang Sabtu lagi saya perasan yang TV3 membuat lintas langsung dari Dataran Merdeka. Mereka juga mengadakan pelbagai aktiviti riadah, informasi dan hiburan dianjurkan bermula jam 2 petang.

Selepas tamat Buletin Utama, saya pun tunggulah konsert ini bermula. Tapi kenapa sambung berita balik. Wan Zaleha Radzi dan Azwaliza Azwan baca berita. Biar betul TV3 ni. Siarkan video lama. Rupanya itu hanya gimik.

Persembahan dimulakan oleh One Nation Emcees. Nampak di TV macam hebat tetapi kenapa bunyi tidak setanding dengan apa yang dilihat. Macam ada sesuatu yang kurang tapi saya tak tahu apakah ia. Tarian gabungan tradisional dan hip hop memang menarik, ala dikir barat pun ada. Mereka menyanyikan lagu tema TV3 Satu Tradisi.

Pengacara majlis macam biasa ialah Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar. Jamal Abdillah pula ialah penyanyi seterusnya dengan lagu ‘Bunga Pujaan’. Kali ini tanpa cermin mata gelapnya dan dia tak berubah langsung dari segi pakaian dan nyanyian. Penonton di sana bersorak. Lepas tu pula Gadis Melayu. Itu kan lagu wajib. Jom menari bersama!

Bunkface pula dengan tiga buah lagu. Lagu Inggeris Silly Lily, Situasi dan Revolusi. Nampak ceria dengan baju yang berwarna-warni. Tapi kenapa kamera fokus kepada vokalis. Tak lah bosan sangat.

Image Hosted by ImageShack.us

Afgan

Afgan pula selepas ini. Hanya dia seorang artis dari Indonesia yang membuat persembahan kali ini. Dia menyanyikan Entah, Bukan Cinta Biasa. Melodi macam lagu balada Korea, menurut adik saya dan diakhiri dengan Selamat Tinggal Cinta. Dengan suara dia yang merdu. Memang lah saya suka. Pakaian pun kemas. tapi perlukah TV3 menjemput penyanyi luar untuk acara sebegini.

Ini kot sumber inspirasi kumpulan Hujan. Tengok lah baju mereka seakan sama sahaja dengan pakaian pelajar Korea era 80-an.

Hujan menyanyikan lagu “Mencari Konklusi” dan medley “Pagi Yang Gelap” dan “Aku Skandal”. Muka Noh nampak sangat macam tak cukup tidur dan penat. Elok lepas ni banyak kan berehat.

Selepas itu pula ialah Tomok. Kenapa lah dia tak menyanyikan lagu Rindu Terhenti. Dia menyanyikan lagu medley kumpulan Alleycats iaitu “Jika Kau Bercinta Lagi”, “Sekuntum Mawar Merah” dan “Kerana”. Susunan muzik sama seperti dia di dalam pertandingan.

Kumpulan Estranged cukup menyerlah ketika menyanyikan lagu “Ketika Ini”, “Aurora” dan “Yang Pernah”. Tapi muzik mereka agak keras dan kurang dihayati peminat. Ini apa yang nampak di TV lah.

Diperkenal kan pula Destiny Child Malaysia iaitu terdiri daripada Adibah Noor, Ning Baizura, Noryn Aziz dan Jaclyn Victor. Suara mereka memang sedap dan tidak dapat disangkal lagi. Mereka menyanyikan medley lagu “Layar Impian”, “Say My Name” dan “Fighter”. Harap-harap lepas ni adalah lagi.

Lepas tu pula M. Nasir dengan medley lagu-lagu popularnya iaitu “Tanya Sama Itu Hud Hud”, “Andalusia” dan “Juwita Citra Terindah”. Bila dengar intro “Ghazal Untuk Rabiah”, dah agak mesti duet dengan Jamal Abdillah. Dah lama tak tengok mereka menyanyi bersama.

Image Hosted by ImageShack.us

Persembahan yang ditunggu-tunggu oleh peminat iaitu persembahan Faizal Tahir. Sudah bersedia habis saya di depan TV, bila Ally umumkan nama Faizal tapi bila tengok di pentas. Aizat pula yang ada. Boleh nampak Aizat ni berpeluh. Aizat menyanyikan lagu dia yang pertama, kemudian baru Faizal Tahir masuk dan mereka menyanyikan lagu sambil bermain gitar.

Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us

Nasib baik kamera fokus kepada mereka dengan baik sekali. Lepas tu, Cuba dan Bencinta di mana Faizal menyanyi solo dan Aizat bermain gitar. Memang bagus sekali. Tapi kenapa, Faizal nyanyi sedikit sangat….

Wings juga turut serta dengan menyanyikan lagu Sejati, Intanku Kesepian dan Kota Kemusnahan. Lagu akhir tu saya tak pernah dengan pun. Kalau lagu Rashidah Utama pun takpe sebab mesra pendengar. Awie nampak kemas dan segak dengan rambut pendek. Sebab dah lama tak tengok mereka beraksi, teruja jugalah.

Sebagai penutup, para penyanyi berkumpul semula di pentas dan saya nampak lah ada juga yang bukan penyanyi seperti Iqram Dinzly. Dina menyanyikan lagu tema iaitu Inspirasi.

Komen:
* Sistem audio yang perlahan. Tapi adakah sebab ASTRO atau pun apa. Saya tengok konsert ni dari Astro.
* Nasib baik saya tengok di rumah. Kasihan pula tengok penonton di sana. Bukan apa, pentas jauh dari penonton dan tiada platform ataupun pentas ‘extendend‘. Macam mana lah mereka boleh menonton pun saya tak tau. Sudahlah duduk di atas padang tu.
* Sepatutnya dua skrin lebar di tepi pentas tu, siarkan video penyanyi yang sedang membuat persembahan. Tak payah buat visual video tu.
* Saya kagum dengan LED di bawah pentas yang menyiarkan nama penyanyi dan tajuk lagu. Mesti mahal sewa benda tu.
* Purata seorang penyanyi menyampaikan tiga buah lagu secara medley ataupun tidak. Macam tak adil pula rasa. Tak masuk yang berduet macam Faizal Tahir dan Aizat.
* Barisan penyanyi yang menarik. Terdapat gabungan baru dan lama yang juga popular buat masa ini.
* Saya terbaca artikel yang menyatakan kesemua kemudahan serta ‘sound system’ yang digunakan pada malam itu bertaraf antarabangsa. Tapi ini mungkin lebih dinikmati oleh penonton yang menghadiri konsert. Macam saya di rumah ni kurang sikit lah.
* Bukanlah hendak mempertikaikan Afgan tapi dalam konteks sekarang ni sesuai ke menjemput artis luar untuk sambutan sebegini.

Tapi apa-apa pun terhibur jugalah. Mana tau boleh buat dalam bentuk DVD ker. Saya masih lagi mencari gambar-gambar penyanyi yang membuat persembahan, setakat ini belum ada lagi. Takkan gua.com.my lambat kemas kini. Selalunya mereka lah yang terawal. Gambar dah ada, kemaskini dijalankan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: