Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Mari undi untuk Shout! Awards 2009

with one comment

Yeay, ada anugerah populariti yang baru dari 8TV iaitu Shout! Awards 2009 atau dalam bahasa Melayu ialah Anugerah Jerit 2009. Anugerah ini diadakan bagi mengiktiraf mereka yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impak yang besar dalam dunia hiburan Malaysia.

Ada yang kata anugerah ini lebih kepada hip, urban dan sama macam anugerah dari luar negara. Tapi apa salahnya, sebab anugerah ini untuk menghargai mereka yang layak mendapatnya. Bila saya lihat senarai kategori yang ada, macam gabungan beberapa anugerah tempatan yang lain. Ia juga memberi peluang kepada mereka yang terlepas pandang atau tak disenarai untuk anugerah yang lain.

Tapi bila saya fikir balik, senarai kategori lebih kurang macam Nickelodeon Kids’ Choice Awards. Shout! Awards merangkumi empat kategori utama dengan 16 anugerah:

* MUZIK : Rockstar Award (Rock Awards), Popstar Award (Pop Awards), Power Vocal Award (Powerful Vocals Awards), Flava Award (Hip Hop / R&B Awards), Break Out Award (Best New Act)

* TV + FILM : Best On Screen Chemistry (1 pair), Fresh TV Series Award (New TV Series including Dramas and / or Sitcoms), Breakthrough Film Award, Favorite TV Program (Non Drama), Favorite TV Host

* RADIO : Coolest Radio Announcer, Favorite Radio Show

* THE WORKS : Stylo Award (Most Stylish Awards), Hot Chick Award, Hot Guy Award, The Ultimate Shout! Award

Untuk The Ultimate Shout! Award, juri profesional akan memilih seorang pemenang daripada para peserta Top 5 dalam setiap kategori.

Untuk senarai pencalonan lengkap dan cara-cara mengundi melalui SMS atau online bolehlah melawat ke laman rasmi Shout! Awards 2009 dan juga video di bawah.

Tapi ada beberapa kategori yang menarik minat saya sebab ada Faizal Tahir. Memang-lah saya telah mengundi setiap hari. Di bawah ialah kategori yang menarik perhatian saya.

Best On Screen Chemistry : UNDI SINI
Cheryl Samad & Nazrudin Rahman (‘Ghost’), Syafinaz Selamat & Paul Moss (OIAM2), Vanidah Imran & Afdlin Shauki (‘Sepi’), Zahiril Adzim & Liyana Jasmay (‘KAMI’), Upin Dan Ipin (‘Upin & Ipin’ – TV series)
Komen: Mestilah kembar yang comel ni kan. Gelagat mereka yang mencuit hati. Kalau ada Kak Rose pun, elok juga.

Coolest Radio Announcer : UNDI SINI
Fara Fauzana, Hunny Madu, JJ, Phat Fabes, Rudy
Komen: Fara Fauzana pilihan di hati. Lawak selamba dia yang menarik setiap pagi.

Favorite Radio Show : UNDI SINI
Fly FM Must Have Music (Hunny Madu), Fly FM Night Flight (Basil & Hafiz), Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia & Phat Fabes), Hot FM AM Show (Fara Fauzana & Faizal Ismail), Indie X (Smek & Mat)
Komen: Saya dengar Hot FM AM Show setiap hari. FF n FBI memang kecoh setiap masa.

Stylo Award (Most Stylish Awards) : UNDI SINI
Dynas Mokhtar, Faizal Tahir, Marion Caunter, Maya Karin, Sazzy Falak
Komen: FT lah yang paling segak bergaya.

Hot Guy Award : UNDI SINI
Faizal Tahir, Jonathan Putra (JP), Tony Eusoff, Zahiril Adzim, Zizan Nin
Komen: Walaupun dari segi fizikal kurang sikit tetapi tetap ada aura tersendiri.

Undian telah bermula dan akan berakhir pada 16 Julai kelak. Shout! Awards akan diadakan pada 17 Julai di Stadium Bukit Jalil dan juga akan disiarkan secara langsung di 8TV, jam 8.30malam. Tiket juga akan diberikan ketika rancangan 8TV Quickie, melalui 8 Team, Fly FM, Fcebook, Myspace dan peraduan di majalah dan akhbar. Ini yang saya semangat nak pergi ni. Boleh bagi saya tiket! :)

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] Bila tengok video tu lagi sekali baru perasan yang Faizal Tahir pernah pakai baju yang sama untuk acara ini. Apa yang beza ialah seluar dan tali leher warna hitam. Baju, jam tangan dan sarung tangan sama. Takkan tiada baju lain atau penaja bang. Dah lah, tercalon untuk Most Stylish Awards di Shout! Awards. […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: