Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Wheesung pindah syarikat rakaman

leave a comment »

Saya tak tau pula yang Wheesung telah berpindah ke syarikat rakaman yang baru. Mungkin kontrak dengan syarikat yang lama telah tamat dan dia akan menyertai POP/UP Entertainment yang turut mempunyai artis yang berbakat seperti M to M dan JK Kim Dong Wook.

Image Hosted by ImageShack.us

Sejak beberapa tahun yang lepas dia telah bekerjasama dengan produser terkenal Park Geun Tae. Wheesung amat berterima kasih kepada Park Geun Tae kerana memberi dia ruang untuk dia belajar dan menjadi diri sendiri.

Wheesung baru sahaja mengadakan konsert di Los Angeles di Amerikat Syarikat bersama Lena Park. Dia akan terus tinggal di sana selama dua bulan untuk menyiapkan album terbaru dia. Untuk album terbaru yang dijangka akan dipasarkan pada bulan Ogos kelak, dia telah bekerja dengan produser Lee Hyun Do.

Wheesung berharap yang dia akan menghasilkan muzik seperti lagu hit-nya yang lalu iaitu Incur tetapi dengan elemen moden dan hip hop.

Saya suka dengan lagu ini. Lagu inilah yang membuatkan saya mula meminati Wheesung. Saya harap dia dapat menjaga dirinya sepanjang berada di sana. Semoga dia dapat balik ke Korea dengan selamat. Risau betul dengan situasi H1N1 sekarang.

Written by Langit Biru

Jun 25, 2009 pada 3:02 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: