Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Bio-Nik: Episod 6

with 2 comments

Makin lama makin lambat pula, saya nak letak entri baru mengenai drama ini. Sibuk sikit kebelakangan ini. Minggu lepas memang banyak aksi juga dipertontonkan. Banyak perkara yang tidak disangka berlaku. Saya ingat Johan ni insaf dan menjadi baik, rupanya sebaliknya pula dan seterusnya. Saya malas nak tengok balik di laman web TV3, kalau ada sebarang kekeliruan maaf dipinta.

Episod 6 :

Johan berada di dalam bilik rawatan dan baru tersedar akibat pengsan. Aina dan rakan-rakannya yang lain berada bersama Johan. terkejut mendengar Nik yang selamatkan dia. Sebelum itu dia menuduh Nik yang melakukan perkara buruk itu terhadapnya. Tetapi ditenangkan oleh Aina.

Ayah Nik berada di makmal sedang menyiapkan kelengkapan untuk Nik apabila Dr. Syamil  pembantu ayah Nik memberi cadangan. Dia ingin menjual hasil rekaan mereka kepada Israel untuk misi ketenteraan. Mereka boleh mendapat ganjaran yang lumayan. Ayah Nik membantah cadangan tersebut.

Burn iaitu wartawan yang ditugas untuk membuat laporan mengenai pameran sains di kolej mereka kembali lagi untuk menemuramah mereka. Mula-mula dia pergi berjumpa dengan Johan. Johan memberitahu bahawa itu semua ialah hasil rekaannya sendiri dan dibantu oleh rakannya yang lain. Kebetulan pula, pelajar yang pintar itu berada di luar pintu Johan dan mendengar perbualan tersebut.

Dia segera masuk dan cuba untuk memukul Johan. Burn pula segera keluar dari situ apabila melihat keadaan semakin tegang. Johan berkata yang ciptaan pelajar itu telah dipatenkan atas nama Johan dan ini membuatkan pelajar itu bengang. Dia cuba untuk mengeluarkan api dari tangannya tapi tidak berjaya dan aksi dia itu diketawakan Johan. Dia keluar dari bilik Johan dengan perasaan yang marah.

Selepas itu Burn cuba untuk menemuramah Nik mengenai peristiwa yang berlaku tempoh hari tetapi Nik tetap menjawab yang Johan selamatkan Aina dan disokong oleh kawan-kawannya. Mereka berjaya melarikan diri dari terus ditanya pelbagai soalan.

Pelajar yang pintar itu bertembung dengan Nik dan memberitahu bahawa dia akan melakukan sesuatu kepada Johan tidak lama lagi di atas perbuatan Johan kepadanya selama ini. Dia juga memberitahu bahawa Johan lah yang telah menukar konfigurasi ciptaan nya sebelum diuji kepada Aina. Ini kerana Johan ingin membuatkan Aina jatuh cinta kepadanya. Nik berasa terkejut mendengar maklumat ini.

Habis kelas pada malam itu, mereka segera pulang. Tetapi Nik menahan Aina dan ingin berkata sesuatu kepadanya teptai Johan pula menghalang dan seakan Aina hanya mendengar cakapohan sahaja. Nik terasa sesuatu akan berlaku dan memandang ke atas bangunan, pelajar yang pintar itu telah mengeluarkan api dari tangannya dan sasarannya ialah Johan. Dengan pantas Nik segera menyelamatkan Aina dan Johan yang berada berhampiran dengan kereta Johan.

Mereka tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi kereta Johan telah terbakar. Nik telah dipersalahkan oleh mereka berdua atas apa yang berlaku.

Komen :

– Kecederaan Johan boleh dirawat di bilik rawatan kolej dan hanya dibantu oleh kawan. Bukan ke sepatutnya rawatan melecur kena dibawa ke hospital atau klinik.

2 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. akaq,saya nak bg komen,akaq belakon saya rse tahap top 10 pelakon terhebat ahh,dlm citer bio-nik pon sme.klu akaq sudi,tlg balas yer,arap sesangat.

    yg benar,farhan

    farhanrahimi

    Julai 30, 2009 at 5:07 pm

  2. Jin Notti memang best kalau ada cicakman yang 3 lagi best apa Kru buat movie saya mesti tengok seperti Bio-nik Duyung cina metropolitan
    tu aje
    komen saya apa program menarik di pangung wayang tu aje

    syed aiman alhabshi

    Oktober 1, 2009 at 12:36 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: