Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal Tahir ada masalah rumahtangga?

leave a comment »

Semalam terkejut juga bila baca mengenai gosip ini. Ye, lah ape pun tak tiba-tiba ini pula yang berlaku. Setakat ini tiada respons dari Faizal Tahir. Eloklah senyap je dari buat kenyataan rasmi nanti boleh pula diputar-belitkan.

28/06/2009 Utusan Online
Bahtera Faizal Tahir goyang?

Tak cukup tisu, kertas surat khabar Joyah guna nak sapu air mata Joyah yang berderai bak hujan ribut ni. Joyah sedih dan terharu bila Joyah dengar kisah penyanyi yang Joyah minat iaitu Faizal Tahir sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Betul ke Faizal? Kenapa jadi macam ni? Joyah harap berita yang disampaikan kepada Joyah ini hanya gosip semata-mata. Ia bukan sesuatu yang benar.

Lagipun Joyah minat dengan suara Faizal dan bakat dia yang tinggi melangit itu. Dia juga ada isteri yang baik di samping tiga orang anak yang comel-comel belaka.

Khabar angin yang bertiup menghembus ke telinga Joyah membawa berita kononnya Faizal dan isterinya sedang mencari peguam untuk menyelesaikan kes mereka di Mahkamah Syariah.

Menurut khabar angin itu lagi, Faizal dan isterinya mempunyai masalah didalam melayari bahtera kehidupan mereka. Masalah itu dipercayai sudah lama bersarang tetapi tidak dapat diselesaikan juga sehinggalah mereka mencari jalan untuk membawa kes berkenaan ke mahkmah.

Itu yang Joyah dengar dari mulut orang. Tapi mulut orang tak boleh kita nak percaya sangat melainkan ia keluar daripada mulut tuan punya diri.

Bila dengar khabar angin ini, seperti yang Joyah katakan Joyah tak mahu percaya sangat. Yalah… khabar angin namanya. Kadang-kadang bukannya betul.

Tapi bila Joyah fikir-fikirkan, kalau tak ada angin takkan pula ada pokok yang akan bergoyang?

Apa yang Joyah harapkan kalaulah benar Faizal ada masalah didalam rumah tangga, selesaikan dengan cara yang baik. Mungkin masih ada jalan untuk menyelesaikan kekusutan yang ada.

Tapi sekiranya berita yang Joyah sampaikan ini tidak benar, anggaplah ia sekadar usikan manja Joyah sahaja kerana dalam hati Joyah ini memang tidak mahu mempercayai berita buruk mengenai artis yang Joyah sayangi.

Ini pula dari gua.com.my 29.06.2009

Ekoran dari gosip yang telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia semalam, GUA telah menghubungi Faizal Tahir untuk mendapatkan kepastian tentang khabar angin yang rumahtangganya goyang.

Faizal enggan memberi komen kerana tidak mahu begitu cepat melatah tentang khabar angin seperti itu. Baginya, ada pihak tertentu yang cuba mengada-adakan cerita.

Written by Langit Biru

Jun 29, 2009 pada 9:41 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: