Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu keempat Jun

leave a comment »

Sekarang kita berada di minggu terakhir bulan Jun. Separuh tahun 2009 telah berlalu. Tahniah diucapkan kepada Nikki dan Audi Mok yang melangsungkan perkahwinan pada minggu lepas. Tapi sayang Faizal Tahir tidak dapat hadir untuk majlis ini. Dia salah seorang pengapit untuk majlis ini.

Lagu Bencinta ciptaan bersama Audi Mok dan Faizal Tahir sementara Nikki pula memberi tajuk kepada lagu ini. Kombinasi yang bagus sekali.

Image Hosted by ImageShack.us

Mari kita lihat pula kedudukan Faizal Tahir di carta muzik radio dan juga TV. Kalau ada lagu Faizal yang masuk carta yang tapi tiada di sini sila beritahu. Saya hanya dengar stesen radio di Kuala Lumpur sahaja.

Minggu ini memang satu keajaiban tak pun kebetulan. Lagu Bencinta menjadi juara di tiga carta. Yeh, kalau dalam bahasa Inggerisnya, Bencinta won triple crown.

* Carta KLFM – 26 Jun 2009

Lagu Bencinta telah menjadi juara untuk minggu ini. Saya nak dengar carta ni minggu lepas tapi tertidur pula. Yelah, pukul 10 malam. Carta ini dikemaskini pada pagi Isnin tak tau lah kalau buat hari Ahad sebab dah tidur.
Image Hosted by ImageShack.us
Cara untuk mengundi melalui SMS:
KLFM<jarak>HITS<KOD LAGU>hantar ke 32728
Untuk Bencinta: KLFM HITS M04 hantar ke 32728

* Carta Suria 30 – 27 Jun 2009

Lagu ini meningkat ke tangga ke-empat. Carta ini lambat dikemaskini. Kalau tak, dari semalam lagi saya dah letak entri terkini. Bila tengok carta ni kan, masih ada lagi kesalahan. Tengok eh, tak pernah pun dengar nama penyanyi Milikmu di tangga ke-13. Bila saya cuba cari di Youtube, rupa-rupanya penyanyi Anggun.

Lagi satu yang saya tak suka ialah kod untuk SMS ni. Setiap minggu berubah berdasarkan kedudukan. Kenapa tak buat satu kod yang konsisten, menyenangkan pengundi juga.
Image Hosted by ImageShack.us
Untuk mengundi SMS: Taip SURIA S30 4 hantar 33511

* Muzik Muzik – 27 Jun 2009

Dengan ini diumumkan yang lagu Bencinta telah tujuh minggu menjadi juara carta minggua Muzik Muzik. Saya memang bersemangat mengundi di carta ini. Kalau bil telefon sampai nanti mau kena dengan ibu saya . Tapi ada saingan baru nampak gayanya. Sabtu lepas ada Rossa comel. Kalau lah Faizal Tahir pun ada.
Image Hosted by ImageShack.us
Untuk mengundi SMS: MM B413 hantar ke 33399

* Carta HotFM 30 – 28 Jun 2009
Image Hosted by ImageShack.us
Untuk mengundi: KLIK SINI

Video Muzik: Alif – Akan Tiba

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: