Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Reaksi artis terhadap kematian Michael Jackson

leave a comment »

Saya masih lagi rasa terkejut dengan berita pemergian Michael Jackson. Setiap kali melayari internet ataupun menonton televisio mesti terdapat berita mengenai Michael Jackson. Banyak lagi yang belum selesai. Jenazahnya pula belum dikebumikan lagi.

Image Hosted by ImageShack.us

Michael Jackson merupakan inspirasi bagi para artis yang menjadikan legenda pop ini sebagai sumber inspirasi. Dengan berita kematian bintang legenda pop Michael Jackson yang mengejutkan, ramai bintang terkenal Malaysia dan Korea berkongsi rasa sedih dan terharu di atas kehilangan tokoh legenda ini.

Di Korea:
* Penyanyi Lee Moon Sae melahirkan rasa terkejut melalui segmen pagi radio di mana dia menjadi penyampai untuk radio MBC FM4U. Dia berkata, “Sebaik sahaja bangun dari tidur dia mendengar berita kematian Michael Jackson yang meninggal pada awal pagi. Michael Jackson ialah artis yang terbaik dalam legenda pop. Saya rasa sedih atas kehilangan dan memainkan lagu Michael Jackson selepas itu.

* Penyanyi Rain juga yang berada di Lapangan Terbang Incheon untuk menuju ke Macau melahirkan rasa terkejut di atas berita ini. Dia berkata, “Michael Jackson merupakan sumber inspirasi dan guru untuk saya menari. Walaupun dia telah tiada lagi bersama kita, tetapi dia tetap penghibur terbaik di pentas. Dia tetap berada di hati saya sebagai yang terbaik.”

* Penyanyi Goo Joon Yeop atau lebih dikenali dengan DJ Koo (40) menyatakan, “Susah untuk percaya yang Michael Jackson telah pergi. Saya mula menari kerana Michael Jackson. Seperti saya, ramai lagi penyanyi Korea yang memandang tinggi terhadap Michael Jackson dan bermimpikan perkara yang sama.”

* Penyanyi dan produser Park Jin Young pula memberikan mesej melalui Twitter, “Album pertama yang saya beli ialah album ‘Off The Wall’ dari Michael Jackson. Itulah definisi muzil bagi saya. Sekurang-kurangnya 50% diri saya ialah dia. “

* Penyanyi BoA juga menulis dari Twitter berkata, “Semoga tenang di sana Michael Jackson. Saya akan sangat merindui kamu… Saya sedih teramat sekarang.”

Image Hosted by ImageShack.us* Penyanyi Wheesung pula berkata, “Berita ini amat mengejutkan seperti pengumuman untuk perang… Kematian dia akan memberi kesan kepada pemuzik di seluruh dunia termasuk lah saya.”

Di Malaysia:
* Dayang Nurfaizah

A sad moment for the music industry as we have lost one of the world’s musical genius and legends.

* Jaclyn Victor

Saya dikejutkan dari tidur pagi tadi dengan lagunya yang dimainkan di radio. Lepas tu, ibu masuk bilik dan memberitahu saya Michael Jackson sudah meninggal kerana sakit jantung. Masa tu saya tak terasa apa-apa lagi. Hinggalah tengah hari tadi bila saya nak update Twitter saya.

Banyak komen yang ditinggalkan meluahkan kesedihan mereka atas pemergiannya. It was then that it hit me. Tak percaya dia sudah tiada lagi. It’s really sad.

Kita sudah kehilangan seorang insan yang amat berbakat dan tiada penggantinya. Tidak dinafikan kita ada ramai penyanyi muda yang berbakat tetapi tidak seorang pun yang dapat menandingi Michael Jackson. Bila kita bercakap tentang muzik, nama Elvis Presley, Michael Jackson pasti timbul.

* Faizal Tahir

One of my friends text me. We used to talk about him (Michael Jackson). I’m shocked and devastated. I’m such a big fan. Dia banyak mengilham saya, muzik saya.

Tadi, saya bersama Audi (Mok) dan Izham (Ahmad Izham Omar) ada bercakap tentang pemuzik-pemuzik berbakat generasi kami yang meninggal pada usia yang muda. John Lennon, Freddie Mercury, Kurt Cobain dan kini, Michael Jackson.

Apa yang lebih menyedihkan adalah dia sebenarnya merancang untuk membuat konsert jelajahnya yang terakhir bulan depan. Ia konsert pertamanya selepas sekian lama. Saya ada merancang untuk mengikuti tour-nya itu.

Sebelum ini, pernah saya meletakkan di Facebook saya, antara perkara yang ingin saya lakukan sebelum meninggal adalah untuk menonton konsert Michael Jackson dan Queen. Tapi kini …

My mom reminded me sejak saya berusia dua tahun saya sudah mula menyanyi lagu-lagu Michael Jackson. Banyak sangat lagu-lagunya yang saya gemari seperti “Bad”, “Beat It”, They Don’t Care About Us” dan “Man In The Mirror”.

Sebenarnya ketika finale musim pertama OIAM dulu, saya ada merancang menyanyikan “They Don’t Care About Us” tapi masa tidak mengizinkan. Dia antara tiga idola saya when I was growing up, yang lainnya, Queen dan Beatles.

Kematiannya satu kehilangan besar kepada dunia muzik dan budaya muzik. He’ll always have a place in music and my heart. He’ll always be remembered by me. Banyak yang telah disumbangkannya bukan sahaja kepada industri muzik tetapi membawa isu penting seperti AIDS, Africa kepada perhatian global.

Saya perhatikan ramai penyanyi Korea yang menari mempunyai gaya tarian sama dengan Michael Jackson seperti Rain. Tetapi di Malaysia mungkin sebab kurang penyanyi yang menari oleh itu saya pun tak tau lah sebab artis yang bagi komen ni bukannya menari pun.

Written by Langit Biru

Jun 30, 2009 pada 9:29 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: