Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Wonder Girls di konsert Jonas Brothers

leave a comment »

Wonder Girls telah membuat persembahan pembukaan untuk Konsert Jelajah Jonas Brothers di Amerika Syarikat dan mereka telah melakukan yang terbaik. Sejak dari persembahan pertama mereka pada 27 Jun yang lalu, saya telah mengikuti perkembangan mereka di Internet. Banyak video dari kamera peminat boleh ditonton di Youtube dan ini memang satu pencapaian yang besar buat mereka.

Image Hosted by ImageShack.us

Setakat ini mereka baru sahaja menghabiskan empat konsert dan masih ada lagi sepuluh konsert jelajah Jonas Brothers yang akan mereka sertai sehingga Ogos nanti. Park Jin Young pengurus mereka sentiasa memberi maklumat terkini melalui Twitter dan ini membuatkan saya dan peminat yang lain sentiasa teruja.

Mereka mendapat respons yang baik dari peminat Jonas Brothers memandangkan mereka masih baru lagi di Amerika Syarikat dan juga muzik yang dibawa berlainan dari apa yang biasa didengari. Mereka menyanyikan dua lagu popular mereka dalam versi Inggeris iaitu Tell Me dan Nobody.

Video muzik ‘Nobody‘ versi Inggeris yang baru sahaja dikeluarkan pada 28 Jun 2009 telah mendapat hits yang tinggi di Youtube. Begitu juga dengan jualan single digital mereka di Amazon dan Itunes. Kalaulah boleh didapati di Malaysia.

Malam semalam di 8TV, mereka menayangkan video muzik ini. Terkejut nya saya, mana taknya baru sahaja sehari sudah berada di TV Malaysia. Mungkin tak lama lagi saya dapat mendengar lagu mereka di radio tempatan.

Written by Langit Biru

Jun 30, 2009 pada 11:53 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: