Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Wonder Girls kekal sepanjang konsert Jonas Brothers

leave a comment »

Park Jin Young (JYP) mengumumkan bahawa Wonder Girls akan membuat persembahan di sepanjang konsert jelajah Amerika Syarikat dan Canada untuk Jonas Brothers. Pada asalnya mereka hanya akan membuat persembahan sebanyak empat belas kali sahaja. Tetapi berdasarkan reaksi positif penonton yang hadir ke konsert Jonas Brothers sebelum ini, pihak pengurusan konsert mengambil keputusan untuk mengekalkan Wonder Girls sepanjang jelajah berlangsung.

Pengumuman ini dari Twitter JYP.

The Jonas brothers and their mangagement officially asked us to open for their entire US tour. And we said ‘yesssirrrr!’. Isn’t this crazy?!


Macam mana mereka boleh melakukannya. Pada konsert di Vancouver pada 29 Jun 2009, terdapat sedikit masalah teknikal dan mikrofon mereka tidak berada di pentas. Untuk mengisi masa, mereka mengajar penonton tarian Nobody dan mendapat reaksi yang baik. Saksikan video di bawah.

Tahniah diucapkan kepada mereka. Saya rasa gembira mendengar berita ini kerana mereka akan membuat persembahan di depan ratusan ribu peminat remaja Jonas Brothers dan ini akan memberi pendedahan yang lagi besar.

Kalaulah mereka dapat membuat persembahan di Malaysia.

Written by Langit Biru

Julai 2, 2009 pada 11:58 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: