Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Padah suami popular

leave a comment »

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
3 Julai 2009, Berita Harian Online

Image Hosted by ImageShack.us Faizal bertuah miliki isteri yang baik dan memahami kerjayanya sebagai artis

TIGA tahun Faizal Tahir menjejakkan kakinya ke dunia nyanyian, tiada gosip yang benar-benar menyentap hatinya. Namun apabila dakwaan rumah tangga yang dibina sejak lima tahun lalu bergolak, pemilik lagu Bencinta itu cukup tersentak.

Gosip yang tidak semena-mena timbul disifatkan penyanyi ini sebagai paling teruk sepanjang tempoh dia bergelar anak seni. Bagaimanapun cerita itu juga kata penyanyi berusia 31 tahun ini sebagai sesuatu yang melucukan.

Namun ketika isu keretakan rumah tangganya timbul, tiada media yang menghubunginya untuk mendapatkan kepastian mengenai kebenaran cerita berkenaan. Dia sendiri tidak menyedari kisah rumah tangganya menjadi mainan media sehinggalah ibunya tampil bertanya.

Setakat ini ujar bapa kepada tiga cahaya mata yang kesemuanya lelaki, perkataan cerai tidak pernah terlintas di kotak fikirannya. Sebaliknya, dia kini sedang melalui fasa paling membahagiakan sepanjang tempoh berumah tangga.

“Gosip ini bagi saya sesuatu yang melucukan. Secara jujur saya seorang yang sangat berterus terang, saya tidak suka menyorokkan status saya. Tetapi kisah saya sudah pun mendapatkan peguam untuk menguruskan masalah rumah tangga saya adalah mengarut.

Image Hosted by ImageShack.us

“Saya tidak mahu terlalu yakin tetapi apa yang boleh saya katakan ini satu perkara yang tidak mungkin berlaku kerana saya tidak pernah terfikir sehingga ke tahap itu. Secara jujur saya tidak mengetahui langsung mengenai gosip ini. Yang tahu cerita itu dimainkan media hanyalah isteri dan ibu saya. Bagaimanapun, isteri saya tidak memaklumkan kepada saya berita itu sehinggalah ibu saya SMS bertanya apa berlaku tetapi dia juga tidak tanya secara terus.

“Apabila bertemu dengan isteri, saya cerita kepadanya mengenai SMS yang dikirimkan ibu kemudian barulah dia buka cerita. Kemudian kami sama-sama ketawa kerana perkara itu tidak masuk akal,” katanya.

Lima tahun melayari perjalanan hidup berumah tangga, Faizal mengakui dia dan isteri tidak terlepas dari bertengkar dan bermasam muka. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri!

Katanya, itulah adat dan asam garam berumah tangga malah dia yakin mana-mana pasangan pasti pernah melalui episod sama. Bagaimanapun, dia tidak suka membiarkan pertengkaran itu berlanjutan malah cuba menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Katanya boleh jadi gosip itu timbul kerana ada yang terdengar pertengkaran dia dan isteri atau mungkin ada yang sengaja menabur fitnah kerana cemburu melihat kebahagiaan rumah tangganya. Namun jelas Faizal, belum pernah pertengkaran hebat antara dia dan isteri, Siti Raihanim Noran, 27, tercetus di khalayak atau mungkin juga pertengkaran dengan isteri tiga tahun lalu ketika dia menyertai pertandingan realiti One In A Million (OIAM) di bilik sebuah hotel cuba disingkap kembali.

“Susah nak kata berita ini timbul disebabkan hasad dengki orang sedangkan saya tidak bermusuh dengan sesiapa. Mungkin ada orang yang terdengar pertikaian yang timbul ketika kami sedang menjamu selera di luar tetapi mereka membuat andaian kami bergaduh.

“Bagi saya pertengkaran dalam rumah tangga adalah biasa. Sesiapa yang sudah berkahwin tipulah kalau mereka tak pernah bergaduh. Saya akui ada masa dua tiga hari kami tidak bertegur tetapi tidaklah sehingga membawa kepada perceraian.

“Bagaimanapun ketika berita itu keluar di akhbar, saya sedang melalui hari paling membahagiakan dengan keluarga. Saya luangkan masa dengan membawa mereka keluar berjalan-jalan di pusat beli belah dan kemudian kami makan di tempat yang istimewa. Orang yang membaca kisah saya dan kemudian terlihat saya bersama keluarga pasti terkejut dengan berita itu,” katanya.

Image Hosted by ImageShack.us

Tambah penyanyi itu, masyarakat kita mempunyai mentaliti yang mudah membuat kesimpulan bahawa sesebuah pasangan itu bakal melalui fasa perceraian hanya disebabkan pergaduhan kecil yang tercetus antara pasangan terbabit.

Kata Faizal, dia bersyukur dikurniakan seorang isteri yang baik yang pastinya menjadi idaman kebanyakan lelaki. Isterinya bukan saja memahami kerjayanya sebagai penyanyi malah tidak pernah campur tangan dan turut memberi kebebasan kepadanya untuk berkerja.

Namun Faizal tidak menolak, isterinya pernah meluahkan kebimbangan melihat popular suaminya yang menjadi perhatian ramai wanita jelita, malah sesekali mengadu di atas kesibukan suaminya hingga tidak mempunyai waktu untuk bersama keluarga.

“Sebagai seorang isteri, tidak dinafikan dia pernah melahirkan kebimbangan melihat senario dunia hiburan tempatan yang bebas dan dikelilingi banyak perempuan cantik. Namun saya bersyukur kerana status membataskan saya dari tersasar jauh atau hanyut.

“Status sebagai suami dan bapa mengingatkan saya kepada tanggungjawab. Mungkin jika saya berkecimpung dalam dunia hiburan ketika masih bujang, saya akan hanyut dan lupa asal usul,” katanya yang ditemui di majlis makan malam anjuran Rafflesia The Pearl Centre, baru-baru ini.

Info

  • Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohd Tahir, 31, berkahwin dengan Siti Raihanim Noran, 27, lima tahun lalu. Pasangan yang berkenalan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu mempunyai tiga cahaya mata Ahmad Mikaeel Zidane, 3, Siti Raudhah Nur Iman 2, dan Ahmad Rifa’ie Zidane, 6 bulan.
  • Siti Raihanim Noran adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dan sedang menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Bagaimanapun, pengajian terpaksa dihentikan seketika kerana kelahiran cahaya mata ketiga pasangan itu.
  • Mengakui seorang yang gemar bergurau, kata Faizal anak-anak yang memanggilnya dengan panggilan Daddy cukup akrab dengannya.
  • Sedang menyiapkan album keduanya yang masih lagi sedang dalam proses pembikinan. Penghasilan albumnya terpaksa ditangguhkan sebulan kerana Audi Mok sedang bercuti kahwin selama sebulan. Album sulungnya Aku.Muzik.Kamu dilancarkan pada 22 November 2007.
  • Dilahirkan pada 26 Oktober 1978, anak kedua daripada tujuh beradik ini sebelum ini pernah menyertai kumpulan Miwarna sebelum menyertai program realiti terbitan 8TV, One In A Million dan muncul tempat kedua ditewaskan oleh Suki.

Komen:
Siapalah editor untuk artikel ini. Perenggan atas tulis tiga orang anak lelaki, di info terang-terang tulis nama anak Faizal Tahir ni.

Written by Langit Biru

Julai 3, 2009 pada 1:20 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: