Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Raihanim isteri terbaik: Faizal

with one comment

Oleh Nor Akmar Samudin (7 Julai 2009)
akmar@hmetro.com.my

Image Hosted by ImageShack.us

SEJAK menyertai program realiti One In A Million (OIAM) tiga tahun lalu, Ahmad Faizal Mohammad Tahir (Faizal Tahir), 31, tidak pernah lekang dengan kontroversi. Cerita panas itu bukan saja membabitkan kerjaya seninya malah kisah rumah tangganya terheret sekali.

Terbaru, dikatakan rumah tangganya bakal menghadapi keruntuhan dan Faizal kononnya sudah berjumpa peguam untuk menguruskan masalah yang melanda.

Bukan sekali dia didakwa berhadapan dengan kemelut rumah tangga tetapi sudah berkali-kali. Ketika menyertai OIAM lagi, perkahwinan Faizal yang baru berusia dua tahun ketika itu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ahmad Mikaeel Zidane, 3, dikatakan berantakan.

Walaupun selepas itu saban tahun Faizal menerima kehadiran ahli baru dalam keluarganya, orang masih memperkatakan mengenai rumah tangganya. Pelbagai tuduhan terpaksa dihadapi Faizal dan isteri.

Pada majlis Rafflesia The Pearl Centre meraikan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, Selasa lalu, Faizal yang hadir sama menjelaskan rumah tangganya sekarang aman damai. Tambah membahagiakan dengan kehadiran tiga cahaya mata.

“Saya tak tahu macam mana orang luar lebih tahu kisah rumah tangga kami daripada kami sendiri. Bukan pula saya dan isteri tidak pernah bergaduh kerana ia adat dalam rumah tangga.

“Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri tetapi tidaklah sampai perlu mencari peguam untuk menyelesaikannya. Dek kerana selalu sangat rumah tangga kami digosip membuatkan saya dan isteri jadi lali.

“Kami ketawa mendengar cerita itu. Pagi itu saya tidak membeli akhbar, ibu saya telefon suruh saya baca berita yang disiarkan. Hubungan saya dengan ibu rapat jadi semua cerita saya ibu tahu. Jika mendengar apa saja cerita mengenai saya terutama berkenaan rumah tangga, ibu orang pertama akan bertanyakan atau menyampaikan berita itu pada saya.

“Raihanim melayari laman web akhbar itu dan kami ketawa membacanya. Biarlah orang hendak kata apa asalkan kami tahu kedudukan rumah tangga kami yang sebenar. Alhamdulillah rumah tangga kami bahagia.

“Raihanah isteri terbaik dan bersyukur kami dijodohkan untuk berkongsi hidup bersama. Dia adalah isteri yang mana-mana lelaki idamkan. Terus-terang saya katakan, apa yang saya lalui kini baik dalam kerjaya atau rumah tangga, Allah beri kepada saya lebih daripada yang dijangkakan.

“Bagi saya berita pergolakan rumah tangga itu sangat tidak kena pada tempatnya dan tak masuk akal kerana berita itu muncul saat kami sedang menempuh saat bahagia.

“Saya juga bertuah kerana berkahwin dalam usia muda kerana apabila saya menceburi dunia seni dengan gelaran suami ia membuatkan saya berhati-hati dalam mengatur langkah. Saya selalu ingat siapa saya.

“Tidak dinafikan isteri pernah bertanya tidakkah hati saya tergugat selalu berjumpa dengan perempuan cantik di luar. Isteri mana yang tidak bimbang tetapi orang pun tidak berani mendekati saya kerana tahu sudah berkeluarga.

“Gelaran suami dan bapa menjadi benteng terbaik kepada saya supaya tidak leka. Kalau hendak buat apa-apa saya terus teringatkan anak dan isteri,” katanya.

Menurut Faizal dia suka mengusik termasuk jika bertemu peminat di hadapan isterinya. Tetapi jelasnya, setakat itu saja dan tiada terdetik langsung untuk melukakan hati isteri.

“Sebagai isteri mestilah dia bimbang kerana sekarang ini berlaku macam-macam kes. Memang ada yang cuba ‘rapat’ tetapi saya berhati-hati. Alhamdulillah rumah tangga kami baik-baik saja. Saya tidak mahu minta lebih kerana Allah sudah memberi yang terbaik buat saya dan keluarga,” katanya.

Meskipun ditimpa pelbagai dugaan namun pencapaian Faizal bidang seni amat membanggakan. Dia banyak terima anugerah antaranya Penyanyi Lelaki Baru Terbaik, Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Planet Music 2008, Vokal Lelaki Terbaik Dalam Album, Artis Baru Terbaik, Album Rock Terbaik dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-15.

Komen:
Kenapa gambar ni sama dengan Berita Harian. Takkan jurugambar yang sama ataupun tak ambil banyak gambar Faizal.

Written by Langit Biru

Julai 4, 2009 pada 4:15 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Semoga FT akan terus kekal berbahagia.. Ingatlah keluarga yang terbaik FT ada sekarang tak mungkin dapat di tukar ganti…Jaga mereka dengan sebaik-baiknya.

    Fatine

    Julai 5, 2009 at 8:31 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: